Pages

Thursday, 6 April 2017

[Video Hari ini hari PAS & Umno, soal Khalid pada Pandikar] PEMUDA AMANAH Mengecam Keras Serangan Senjata Kimia di Syria.

Jumaat, 7 April 2017

Foto Parti Amanah Negara.

Perang saudara di Syria telah mengorbankan banyak nyawa orang awam termasuk wanita, orang tua dan kanak-kanak.
Perang saudara di Syria telah mengorbankan banyak nyawa orang awam termasuk wanita, orang tua dan kanak-kanak.

PEMUDA AMANAH MENGECAM KERAS SERANGAN DI SYRIA
Pemuda AMANAH Nasional mengecam sekeras-kerasnya serangan menggunakan senjata kimia ke atas kota Khan Sheikhoun di wilayah Idlib, Syria pada awal semalam Selasa 4 April 2017. Penggunaan senjata kimia sehingga membunuh 58 nyawa termasuk 11 kanak-kanak itu ialah suatu tindakan yang bacul dan tidak bermaruah.
Serangan ini cuma menggambarkan keadaan terdesak pihak terbabit untuk membunuh rakyat yang tidak berdosa walaupun ia tidak memberi sebarang kelebihan kepada kempen ketenteraan masing-masing. Dalam suasana yang penuh gempita ini juga, semua pihak termasuklah kerajaan Syria, Rusia dan US nampaknya lebih sibuk untuk menuding jari berbanding memberi bantuan kemanusiaan dengan segera kepada semua mangsa.
Kerajaan Syria didesak untuk membuka pintu sempadannya dengan lebih luas dan tanpa sebarang birokrasi agar setiap bantuan kemanusiaan dapat dihantar ke semua mangsa. Selain itu, serangan kali ini adalah lebih ganas dan jelek daripada penggunaan gas sarin di kota Ghouta berdekatan Damascus pada tahun 2013, yang sehingga kini pelakunya masih belum dihadapkan ke muka pengadilan.
Dalam erti kata lain, kerajaan Syria sudah tidak boleh diharapkan lagi untuk menyelesaikan kemelut ini yang telah meleret sejak sekian lama. Justeru, Pemuda AMANAH Nasional mendesak agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan drastik untuk campur tangan dalam mengakhiri isu ini.
Kami sangat berharap agar semua anggota PBB dapat sepakat agar serangan ini diklasifikasikan sebagai jenayah perang. Siasatan menyeluruh juga perlu dijalankan dan pesalahnya dapat dikenal pasti dan dikenakan tindakan di bawah undang-undang antarabangsa.
"Pray For Syria"
MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
Rujukan:

3 comments:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete
  2. Orang Malaysia perlu mengutuk tindakan Amerika menyerang Syria atas alasan negara itu menyerang rakyatnya dengan senjata kimia. Perlu diingat dulu waktu Sadam Hussein dituduh menyimpan senjata merbahaya dan menggunakan alasan itu Amerika menhyerang Iraq sehingga hari ini Iraq sudah jadi medan pertempuran sesama rakyatnya sendiri. Ini semua berpunca dari hasutan syaitan Iblis Amerika.
    Perang diSyria hampir tamat berikutan campurtangan Russia dan ini sudah memberi kebimbangan kepada Amerika kerana rancangan mereka akan gagal dalam menjadikan Syria satu lagi medan perang. Ini semua rsancangan Amerika yang didokong oleh Israel yang mahukan seluruh Timur Tengah berada dalam kancah perang yang sudah tentu menguntungkan Israel.
    Jadi sebelum melalak atas berita dari akhbar atau media barat yang memang dikuasai oleh puah Zionist Yahudi buat lah kajian dan ikuti lah laporan laporan dari sumber yang tidak dibawah pengaruh barat. Sila ikiti berita dari RT news.com dll media aklkternatif. Malaysia terlalu bergantung kerpada media CNN BBC dll media utama yang jelas dikuasai oleh Zionist Yahudi.

    ReplyDelete
  3. Orang Malaysia perlu mengutuk tindakan Amerika menyerang Syria atas alasan negara itu menyerang rakyatnya dengan senjata kimia. Perlu diingat dulu waktu Sadam Hussein dituduh menyimpan senjata merbahaya dan menggunakan alasan itu Amerika menhyerang Iraq sehingga hari ini Iraq sudah jadi medan pertempuran sesama rakyatnya sendiri. Ini semua berpunca dari hasutan syaitan Iblis Amerika.
    Perang diSyria hampir tamat berikutan campurtangan Russia dan ini sudah memberi kebimbangan kepada Amerika kerana rancangan mereka akan gagal dalam menjadikan Syria satu lagi medan perang. Ini semua rsancangan Amerika yang didokong oleh Israel yang mahukan seluruh Timur Tengah berada dalam kancah perang yang sudah tentu menguntungkan Israel.
    Jadi sebelum melalak atas berita dari akhbar atau media barat yang memang dikuasai oleh puah Zionist Yahudi buat lah kajian dan ikuti lah laporan laporan dari sumber yang tidak dibawah pengaruh barat. Sila ikiti berita dari RT news.com dll media aklkternatif. Malaysia terlalu bergantung kerpada media CNN BBC dll media utama yang jelas dikuasai oleh Zionist Yahudi.

    ReplyDelete