Pages

Monday, 22 May 2017

[Video PAS tak hadir Kongres PKR] Hanipa: Buat apa dua pertiga tapi senyap 'Isu Rasuah & Skandal 1MDB'?

Isnin, 22 Mei 2017

Hanipa: Buat apa dua pertiga tapi senyap isu 1MDB?

PAS diperingatkan bahawa, tiada makna anggota parlimen Islam menguasai dua pertiga Dewan Rakyat jika mereka tidak bersuara apabila ada isu rasuah dan skandal besar.
Anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, juga berkata sebelum menguasai majoriti besar itu, PAS perlu terlebih dulu meyakinkan pengundi untuk memilih mereka pada pilihan raya umum akan datang.
"Kalau ada dua pertiga sekali pun, tapi tak mahu bersuara apabila ada rasuah, salah guna kuasa dan skandal besar macam isu1MDB, buat apa?" katanya melalui Facebook hari ini.
Hanipa yang pernah menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PAS mengulas kenyataan Nasrudin Hassan yang disiarkan Malaysiakini semalam.
Kata Nasrudin, umat Islam perlu bersatu dan memastikan dua pertiga anggota parlimen di Dewan Rakyat beragama Islam bagi mengukuhkan kuasa politik mereka.
Kata ketua penerangan PAS itu walaupun Islam menjadi agama persekutuan dan majoriti penduduk negara ini adalah muslim, masyarakat Islam di negara ini masih lemah, hina dan "bangsat di atas tanah air sendiri."
Nasrudin yang juga anggota parlimen Temerloh itu berkata, umat Islam perlu bangkit dari lena yang panjang dan keluar dari zon selesa mereka.
Ketika ini daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, 135 daripadanya - atau 61 peratus - adalah wakil beragama Islam.
Hanipa berkata dalam keadaan Umno yang tidak memiliki dua pertiga kerusi Dewan Rakyat pun pelbagai skandal dikaitkan dengan parti itu, keadaan mungkin menjadi lebih buruk jika keadaan adalah sebaliknya.
"Yang lebih teruk lagi, ada juga anggota parlimen Islam yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam tapi tidak bersuara lantang melawan Umno di parlimen walaupun rasuah dan kezaliman berlaku di depan mata," katanya.
Hanipa juga mengecam perubahan sikap PAS yang didakwanya melupakan janji bahawa parti itu berjuang untuk semua rakyat Malaysia.
Sebaliknya, kata beliau, PAS menuduh pihak tidak sehaluan dengannya sebagai pengkhianat.
"Hangpa (kalian) ingat apa yang hangpa buat sekarang ni, pengundi semua kaum dan agama tak nampak ke?
"Apa hangpa ingat pengundi negara ini bebal macam ramai cyber trooper (tentera siber) di alam maya ke?" katanya lagi.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment