Pages

Monday, 22 May 2017

[Video PKR tak perlu berhempas pulas dengan isu PAS, kata Anwar] Pemuda, Wanita Pakatan Harapan anjur demonstrasi bantahan RDPT di SPR esok.

Isnin, 22 Mei 2017


PKR tak perlu berhempas pulas dengan isu PAS, kata Anwar

Pemuda, Wanita Pakatan Harapan anjur demonstrasi bantahan RDPT di SPR esok

 | MALAYSIA DATELINE
Pemuda dan Wanita Pakata Harapan mengajak orang ramai untuk berkumpul di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) untuk membantah larangan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tamabahan (RDPT).
Dalam satu kenyataan diedarkan hari ini menyebut Pemuda dan Wanita Pakatan Harapan melahirkan rasa dukacita terhadap SPR yang mengeluarkan larangan pengedaran RDPT.
"RDPT sangat penting bagi parti politik sebagai agen semak dan imbang maklumat bakal pengundi dalam pilihan raya umum akan datang untuk disahkan keabsahannya.
"Bagi kami, langkah terkebelakang SPR ini hanya akan menyukarkan parti-parti politik untuk memantau dan memastikan senarai daftar pemilih adalah bersih.
"Pemuda dan Wanita Pakatan Harapan meragui apakah matlamat larangan pengedaran tersebut dan sehingga hari ini SPR masih belum memberikan sebarang penjelasan terhadap tindakan tersebut," ujar kenyataan itu.
Pada April lalu tersebar Surat Pekeliling oleh Setiausaha SPR Datuk Haji Abdul Ghani Bin Salleh, nombor rujukan: S.P.R.600-3/1/4(27), mengarahkan semua Pengarah SPR negeri mematuhi arahan untuk melarang pengedaran RDPT dalam bentuk buku dan cakera padat kepada parti politik berikutan keputusan mesyuarat suruhanjaya itu pada 28 Mac lalu.
Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dipetik berkata, tindakan tersebut bukan hanya terpakai kepada parti politik tetapi juga kepada semua pihak lain yang berkepentingan.
Justeru Pemuda dan Wanita Pakatan Harapan berkata, tindakan sPR ini telah menyukarkan lagi parti politik berdaftar untuk memastikan senarai daftar pemilih adalah bersih kerana sebaik sahaja daftar pemilih diwartakan, Seksyen 9A Akta Pilihan Raya menghalang sebarang cabaran terhadapnya.
"Perbuatan SPR jelas cuba mengehadkan akses kepada rang daftar pemilih kepada parti-parti politik khususnya pembangkang.
"Oleh yang demikian, kami telah memutuskan untuk mengadakan satu demonstrasi bagi membantah larangan tersebut," ujarnya kenyataan itu.
Demontrasi itu dijadualkan yang akan diadakan pada esok (23 Mei) jam 11.30 pagi di Pejabat SPR Putrajaya.
"Kami mengajak semua pihak termasuklah Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta seluruh rakyat untuk hadir ke demonstrasi ini bagi sama-sama menzahirkan bantahan terhadap larangan tersebut.
"Rakyat sebagai pengundi berhak untuk menyatakan bantahan terhadap sistem yang dilihat sangat tidak bertanggjawab ini." ujar kenyataan.

No comments:

Post a Comment