Bantuan khas RM500 untuk kakitangan awam
Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataannya berkata, bantuan khas itu juga sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Bantuan itu juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan bayaran sebanyak RM250.
“Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata kementerian kewangan.
Mk.
No comments:
Post a Comment