"Pemimpin PAS yang menaiki kereta bersama-sama pemimpin Umno (MB Tengganu), merupakan contoh “politik matang” bagi menyifatkan hubungan lebih rapat dengan Umno." -Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali. (1/6/2017) - FMT
Krikk.. Krikk.. Krikk..
Krikk.. Krikk.. Krikk..
Sibuk dengan P. Pinang, berapa tanah awam di KL yang tinggal?
Perdana Menteri perlu mendedahkan jumlah tanah milik agensi Kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur yang telah dijual dan berapa pula bakinya, soal Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Maklumat ini penting diketahui umum memandangkan pasukan Komunikasi Strategik BN pimpinan Datuk Abdul Rahman Dahlan bertanyakan soalan yang sama kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dalam artikel yang disiarkan di media baru-baru ini.
"Alang-alang BN sudah mula bercakap tentang hal ini, apa kata kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan jika ada mana-mana tanah milik agensi Kerajaan Persekutuan yang dijual melalui tender terbuka?
"Jika tiada tender terbuka dilakukan, bukankah ini satu bentuk amalan rasuah?” soalnya dalam satu kenyataan media.
Beliau turut menyentuh pengumuman Datuk Seri Najib Razak tahun lalu bahawa Umno telah membeli Terminal Hentian Bas Putra (THBP) daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk diganti dengan bangunan pejabat 70 tingkat serta menara hotel tanpa mendedahkan nilai pembelian.
Menurut Lip Eng, Najib yang juga Presiden Umno perlu bertanggungjawab mendedahkan jumlah wang yang telah dibayar kepada DBKL bagi tujuan pembelian terminal tersebut.
“Apatah lagi setelah BN membuat pelbagai andaian tentang bagaimana kerajaan negeri Pulau Pinang mendapat keuntungan daripada penjualan tanah milik negeri,” katanya.
Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan juga mendesak Umno mendedahkan sumber dana untuk membeli bangunan milik awam tersebut serta sama ada bayaran penuh telah dibuat kepada DBKL.
Beliau turut menyentuh keengganan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menandatangani pewartaan draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 yang jika diwartakan akan menghalang tanah awam dijual kepada syarikat swasta.
"Beliau (Ku Nan) juga mesti menjelaskan kenapa sebahagian daripada Taman Rimba Kiara di Taman Tun Dr Ismail telah dijual kepada pemaju swasta untuk membina lapan blok kondominium mewah pencakar langit tanpa sebarang tender terbuka kepada pembida tertinggi.
"Jelaskan berapa harga jualan dan berapa banyak keuntungan yang BN dapat," katanya.
No comments:
Post a Comment