FORMAT DAN SUBSTANSI : Perlukah semua benda atau perkara diletakkan perkataan Islam?
FORMAT DAN SUBSTANSI
1. Perlukah semua benda atau perkara diletakkan perkataan Islam utk menggambarkan keislamannya, misalnya restoran Islam, bas Islam, parti Islam atau minggu fesyen Islam? Takutkah kita untuk meletakkan perkataan Islam padahal kita adalah orang Islam?
2. Identiti dan matlamat Islam tidak hilang dan terjejas sekalipun tiada perkataan Islam. Misalnya, sebuah restoran bernama Restoran Makan Puas-puas merupakan sebuah restoran yang bersih, perkhidmatannya cekap, harganya berpatutan, makanannya halal, walaupun dimiliki oleh non muslim, restoran itu adalah "restoran Islam".
3. Demikianlah dengan enam tawaran 100 hari Pakatan Harapan, walaupun tiada perkataan Islam, semua tawaran itu tidak ada sebarang unsur yang bercanggah dengan Islam bahkan menepati tujuan penurunan syariah. Bukankah membanteras rasuah sehingga ke akar umbi adalah tuntutan syariah?
4. Semua tawaran itu dikata memfokus kepada maddi (fizikal, benda) sahaja dan mengabaikan ruhi (kejiwaan, kerohanian). Perlu disebut, unsur ruhi tidak boleh dipisahkan dengan unsur maddi. Antara unsur ruhi ialah keberkatan dan keadilan. Bagaimanakah keberkatan dan keadilan boleh diperolehi jika penguasa menekan rakyat dengan GST? Justeru, penghapusan GST secara fizikal akan mengundang keberkatan dan menjamin keadilan untuk semua.
5. Politik umat Islam di Malaysia sudah memasuki era kematangan. Politik yang bermuarakan retorik dan simbol perlu diganti dengan politik aksi dan substansi. Nabi SAW sendiri tidak menamakan Madinah sebagai wilayah atau negara Islam, tetapi baginda membangunkan Madinah sebagai bumi yang dipenuhi dengan keadilan dan kemakmuran. Bukankah Nabi SAW membina pasar untuk menyaingi pasar orang Yahudi yang sedia ada? Pasar itu bernama Pasar Islam, atau Pasar Taqwa?
6. Pakatan Harapan akan fokus dengan enam tawaran itu. Begitu lama leher rakyat dijerut dengan kebobrokan regim Umno/BN sehingga rakyat kini sudah menjadi seperti hamba atau pelarian di negara sendiri. Sudah sampai masanya rakyat melekangkan diri daripada sistem pemerintahan yang penuh dengan retorik dan penipuan ini. Buruk benarlah sikap mereka yang masih mempertahankan regim ini dan mengganggu kebangkitan rakyat untuk menumbangkannya dalam PRU akan datang.
ZOLKHARNAIN BIN ABIDIN
Pengarah Hal Ehwal Syariah,
Parti Amanah Negara.
18 Julai 2017
Pengarah Hal Ehwal Syariah,
Parti Amanah Negara.
18 Julai 2017
KDL.
No comments:
Post a Comment