Pages

Friday, 21 July 2017

[Video Siapa dia Zahid Hamidi & Letak jawatanlah... jika tak tahu buat kerja'] MAJALAH MASSA: "Berpotensi jadi pemimpin korup"? Siswa makan nasi berlauk kosong runtun simpati Permaisuri Johor.

Sabtu, 22 Julai 2017

Foto Suara Rakyat.
Sejarah Tak Pernah Menipu..

Kenalilah Zahid Hamidi... sepertimana yang dilaporkan Utusan pada suatu ketika dahulu !!

UTUSAN: "Pemimpin bebal bererti bodoh dan tumpul otak"

MAJALAH MASSA : "Berpotensi jadi pemimpin korup

Siswa makan nasi berlauk kosong runtun simpati Permaisuri Johor

Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah
Pendedahan seorang pengusaha kedai makan berhubung pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang makan nasi dengan kuah kosong meruntun simpati Permaisuri Johor sehingga mendorong baginda menyarankan sistem yang sama diamalkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi membantu pelajar kurang mampu dilaksanakan di universiti tersebut.
Sehubungan itu, Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan dalam suratnya kepada Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah menjunjung kasih dan mengucapkan tahniah kepada baginda kerana prihatin dengan nasib para pelajar terbabit.
"Patik ingin menyampaikan jutaan terima kasih dan tahniah di atas keprihatinan Tuanku melalui facebook milik Tuanku yang telah mencadangkan supaya kaedah yang sama seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) perlu wujud di UTHM bagi mengatasi keperitan hidup para mahasiswa/i.
Raja Zarith Sofiah ialah Canselor UTM.
"Sebelum dari itu tiada pihak yang memberi reaksi terhadap rencana yang dikeluarkan, sehinggalah mendapat maklumbalas dari Kebawah DYMM Tuanku.
"Semoga keperihatinan Kebawah DYMM Tuanku Permaisuri akan menjadi sumber inspirasi kepada patik dan seluruh rakyat Bangsa Johor untuk berganding bahu tolong menolong antara rakyat serta berusaha bersama memajukan Negeri Johor Darul Takzim," ujarnya.
Surat tersebut diserahkan Aminolhuda ke pejabat Jabatan DiRaja Johor semalam.
Aminolhuda Suhaizan dan Jaafar setelah menyembahkan surat ucapan junjung kasih ke pejabat Jabatan DiRaja Johor.
Mengulas lanjut, Aminolhuda berkata surat itu sebagai tanda menjunjung kasih Amanah negeri terhadap Pemaisuri Johor yang turut sama memberikan maklum balas positif berhubung masalah rakyat.
Menurut Aminolhuda, keprihatinan Pemaisuri Johor terhadap keperitan hidup mahasiswa UTHM patut dicontohi semua lapisan masyarakat termasuk para pemimpin demi kesejahteraaan hidup rakyat.
Hadir sama mengiringi Aminolhuda ialah Naib Pengerusi Amanah Johor Suhaizan Kaiat dan Speaker Amanah Johor, Onn Jaafar.
Keperitan hidup sebahagian siswa UTHM itu didedahkan Amanah Johor melalui program 'Jelajah Live Bongkar'.
Pengusaha kedai makan yang diwawancara mengakui 8 daripada 10 pelajar UTHM hanya makan nasi berlauk kosong dengan harga RM1.50 untuk mengalas perut ekoran masalah kewangan.
Kebanyakan pelajar terbabit datang daripada keluarga berpendapatan rendah.
MALAYSIA DATELINE

No comments:

Post a Comment