Walau tanpa Najib, Dr M takkan kembali pada Umno
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi bahawa beliau tidak akan kembali menyertai Umno walaupun Datuk Seri Najib Razak sudah mengundurkan diri.
Menurut Mahathir, ini kerana beliau mendapati Umno kini sudah rosak teruk ekoran anggotanya didakwa lebih mengutamakan kepentingan diri serta perjuangan untuk 'dedak'.
Malah, beliau turut berpendapat, parti keramat Melayu itu tidak lagi memperjuangkan agama, bangsa dan rakyat.
"Saya pada mulanya, saya cuba untuk singkirkan Datuk Seri Najib, tidak Umno.
“Tetapi saya dapati Umno sudah rosak teruk kerana Datuk Seri Najib dan mereka sekarang lebih utamakan kepentingan diri, kewangan dan sebagainya dan tidak lagi perjuangkan untuk agama, bangsa dan rakyat.

"Sebab itu Umno sekarang bukan lagi Umno yang ditubuhkan dulu. Ini adalah Umno (yang) dibentuk Datuk Seri Najib yang mempunyai tujuan lain daripada Umno yang ditubuh.
"Sebab itu saya tidak akan kembali pada Umno kerana ini adalah Umno yang sudah rosak yang lebih mengutamakan perjuangan untuk dedak daripada perjuangan agama, bangsa dan tanah air," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sebuah video yang dimuat naik di Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Dalam video berkenaan, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu ditanya sama ada beliau akan kembali ke Umno jika Najib tidak lagi menjadi perdana menteri.
Mahathir sebelum ini pernah tinggalkan Umno pada 19 Mei 2008 kerana mendakwa hilang kepercayaan kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau sekali lagi melakukan tindakan sama pada 29 Februari 2016 sebagai tanda protes terhadap Najib dan mendakwa Umno merupakan parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.
Beliau sekali lagi melakukan tindakan sama pada 29 Februari 2016 sebagai tanda protes terhadap Najib dan mendakwa Umno merupakan parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.
Pada 1969, Mahathir pernah dipecat keahliannya daripada Umno kerana mengkritik pentadbiran perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment