Pages

Friday, 28 July 2017

[Video Ucapan Wakil BN Pasir Salak memalukan Umno/BN & 'Umno telah beri gunung kpd tauke judi?'] Hanya Tun M yang mampu kalahkan Umno, kata Salahuddin.

Jumaat, 28 Julai 2017


Foto Parti Amanah Negara.
HANYA BERLIAN YANG BOLEH MEMOTONG BERLIAN

www.amanah.org.my

1. Ramai bertanya kepada saya adakah Tun Mahathir boleh dipercayai untuk memimpin Pakatan Harapan (PH)? Bukankah beliau memiliki rekod berdekad terhadap musuh politik beliau sepanjang 22 tahun di singgahsana kuasa?

2. Beginilah, Parti Amanah Negara (AMANAH) bukan sebuah mahkamah yang akan berperanan menghukum segala kesalahan dan jenayah perilaku manusia. AMANAH adalah sebuah parti politik bernuansa Islam yang menawarkan sentuhan rahmat dan kasih sayang kepada sesiapa jua yang bersedia menyantuni setiap manusia dengan dakapan lembahyung "rahmatan lilalamin."

3. Menghukum manusia sekaligus berhias diri dengan dendam kesumat, biarlah menjadi ajaran terlarang dalam AMANAH khususnya di kalangan pimpinan utamanya. AMANAH sentiasa mendepakan tangan untuk menyuburkan kebersamaan demi memperjuangan kepentingan rakyat seterusnya negara.

4. Tun Mahathir adalah manusia biasa yang juga ahli politik seperti mana yang lain. Beliau ada sejarah masa silam yang panjang yang sebahagian menyebutnya sebagai "baggage". Di antara kita bebas membaca masa lampau beliau dan membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak dengan sikap serta pendirian politik terkini beliau khususnya terhadap urus tadbir negara. Tiada sesiapapun yang boleh merampas hak dan kebebasan ini daripada sesiapa. Kita bersama menentang Najib kerana kesalahan beliau lakukan sekarang kepada rakyat dan negara. Permusuhan di kalangan rakyat termasuk dengan Tun Mahathir hanya akan menjadikan Najib semakin bermaharajalela di tampuk kuasa.

5. AMANAH bersedia memberikan kepercayaan kepada Tun Mahathir dalam konteks dan senario gawat negara kita pada hari ini. Demikian juga Keadilan dan DAP. Kami saling mempercayai dan dengan kekuatan inilah kami berjaya membina Pakatan Harapan. Inilah mercu tanda yang kami bina sebagai cahaya harapan (Beacon of Hope) bagi rakyat dan negara. Kami berusaha memudahkan rakyat untuk membuat pilihan sama ada memilih Pakatan Harapan atau Barisan Nasional.

6. Pemimpin agung dalam peradaban manusia bersifat jiwa besar, pemaaf dan tidak berdendam. Itulah akhlak mulia Nabi SAW . Demikian pula negarawan kelas dunia seperti Nelson Mandela, Mahatma Gandhi dan Martin Luther King Jr yang membuktikan bahawa mereka berjaya membuang jauh sentimen kaum, warna kulit, peribadi dan dendam demi mengangkat kemulian insan di maya ini.

7. Hanya Jauhari yang mengenal Maknikam. Ianya selari dengan peribahasa Inggeris yang berbunyi only diamond can cut diamond. Tun Mahathir adalah diamond yang mampu menghancurkan kekebalan Umno yang telah berusia lebih 60 tahun, InsyaAllah.

#AmanahDemiNegara

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah),
Naib Presiden Pakatan Harapan

28 Julai 2017
 

Hanya Tun M yang mampu kalahkan Umno, kata Salahuddin

 | MALAYSIA DATELINE
Tun Dr Mahathir Mohamad
Polemik berhubung kehadiran Tun Mahathir Mohamad dalam pakatan pembangkang sehingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak yang menyokong idea reformasi sistem negara dirungkaikan timbalan presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Mengambil contoh perumpamaan Inggeris, "Hanya berlian yang mampu memotong berlian" (Only diamond can cut diamond) Salahuddin berkata, hanya Tun Mahathir sahaja yang boleh mengalahkan Umno.
Dalam satu kenyataan media semalam, beliau mengakui menerima banyak pertanyaan yang mempertikaikan sama ada Tun Mahathir boleh dipercayai untuk memimpin Pakatan Harapan (PH) dan rekod 22 tahun mantan presiden Umno itu sebagai perdana menteri dalam berhadapan musuh politik.
"Beginilah, Parti Amanah Negara (Amanah)  bukan sebuah mahkamah yang akan berperanan menghukum segala kesalahan dan jenayah perilaku manusia. Amanah adalah sebuah parti politik bernuansa Islam yang menawarkan sentuhan rahmat dan kasih sayang kepada sesiapa jua yang bersedia menyantuni setiap manusia dengan dakapan lembahyung 'rahmatan lil 'alamin'.
"Menghukum manusia sekaligus berhias diri dengan dendam kesumat, biarlah menjadi ajaran terlarang dalam Amanah khususnya di kalangan pimpinan utamanya. Amanah sentiasa mendepakan tangan untuk menyuburkan kebersamaan demi memperjuangan kepentingan rakyat seterusnya negara," ujarnya.
Bagi beliau, Tun Mahathir adalah manusia biasa yang juga ahli politik seperti mana yang lain dan beliau ada sejarah masa silam yang panjang.
"Di antara kita bebas membaca masa lampau beliau dan membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak dengan sikap serta pendirian politik terkini beliau khususnya terhadap urustadbir negara. Tiada sesiapapun yang boleh merampas hak dan kebebasan ini daripada sesiapa," ujarnya.
Menurut naib presiden PH itu, pakatan pembangkang menentang Najib kerana kesalahan yang dilakukan pemimpin Umno itu kepada rakyat dan negara.
Sehubungan itu, tambah beliau permusuhan di kalangan rakyat termasuk dengan Tun Mahathir hanya akan menjadikan Najib semakin bermaharajalela di tampuk kuasa.
Amanah, PKR dan DAP, tambah beliau bersedia memberikan kepercayaan kepada Tun Mahathir dalam konteks dan senario gawat negara hari ini.
"Kami saling mempercayai dan dengan kekuatan inilah kami berjaya membina Pakatan Harapan (PH). Inilah mercu tanda yang kami bina sebagai cahaya harapan (Beacon of Hope) bagi rakyat dan negara. Kami berusaha memudahkan rakyat untuk membuat pilihan sama ada memilih PH atau BN," jelas beliau.
Salahuddin menambah, pemimpin agung dalam peradaban manusia berjiwa besar, pemaaf dan tidak berdendam.
"Itulah akhlak mulia Nabi s.a.w., demikian pula negarawan kelas dunia seperti Nelson Mandela, Mahatma Gandhi dan Martin Luther King Jr yang membuktikan bahawa mereka berjaya membuang jauh sentimen kaum, warna kulit, peribadi dan dendam demi mengangkat kemulian insan di maya ini.
"Hanya Jauhari yang mengenal Maknikam. Ianya selari dengan peribahasa Inggeris yang berbunyi 'only diamond can cut diamond'.
"Tun Mahathir adalah 'diamond' yang mampu menghancurkan kekebalan Umno yang telah berusia lebih 60 tahun, InsyaAllah," katanya.

No comments:

Post a Comment