Kebanggaan buat rakyat 1 Malaysia miliki bakat pemimpin ketika sedang berlangsungnya persidangan bertaraf antarabangsa mahupun dlm negara sendiri...
#KuatTidurEkonomiBertambah Kukuh
#KuatTidurEkonomiBertambah
Harga barang makanan dijangka naik tahun depan
Kenaikan harga barangan makanan tidak sepadan dengan kenaikan gaji yang lebih perlahan menyebabkan pengguna dibebani kos sara hidup. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 November, 2017.
MONOPOLI, ringgit yang lemah dan cukai pengguna akan terus menyebabkan kenaikan harga makanan di atas kadar inflasi Malaysia pada tahun mendatang, kata pemikir walaupun data ekonomi menunjukkan angka lebih baik.
Menurut Insitut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (IKDM), harga makanan yang tinggi di negara ini disebabkan beberapa faktor tetapi paling serius adalah monopoli dalam rantaian bekalan makanan sama ada import dan pengeluaran domestik.
Ketua Makmal IDKM, Dr Yusof Saari, yang memberi nasihat kepada kerajaan mengenai dasar makanan, berkata memandangkan kenaikan harga tidak sepadan dengan kenaikan gaji yang lebih perlahan, pengguna akan terus dibebani kos sara hidup.
Katanya, keadaan tersebut sudah tentu memberi kesan kepada rakyat terutama mereka yang daripada golongan pertengahan kelas atau kumpulan M40, dan kesan-kesan ini sudah dilihat.
"Situasi yang wujud sekarang, rakyat tidak mampu untuk membeli beras dalam kuantiti 10kg atau 15kg. Jadi pilihan mereka ialah mereka terpaksa membeli dalam kuantiti kecil seperti sekilo atau dua kilo sementara menunggu gaji seterusnya dan corak ini akan berterusan," katanya kepada The Malaysian Insight.
Yusof berkata sebelum dasar itu dimansuhkan, terdapat permintaan tinggi terutamanya di kawasan bandar bagi beras super tempatan 15% hancur dikenali sebagai "ST15" yang lazimnya digunakan golongan miskin.
Harga bagi beras ST15 yang diberi subsidi ialah RM7.50 per kg namun program tersebut dimansuhkan pada 2015 atas alasan ketirisan.
Kenaikan harga makanan menjadi rungutan rakyat dalam beberapa siri laporan kos sara hidup oleh The Malaysian Insight.
Data daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan makanan dan minuman tidak alkohol dalam Indeks Harga Pengguna (CPI) – pengukur inflasi – adalah komponen tertinggi dalam IHP.
Pada September, makanan termasuk minuman tidak alkohol naik sehingga 4.3% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Pecahkan monopoli
Pada masa sama sama, pakar ekonomi itu membangkitkan kebimbangan mengenai monopoli pasaran yang menyumbang kenaikan harga makanan secara mendadak.
Katanya, monopoli dalam rantaian bekalan makanan bukan masalah baru di negara ini kerana ia menjadi "duri dalam daging" sejak sekian lama.
Bagaimanapun, isu itu agak kritikal sejak 2008 kerana faktor pendapatan rakyat semakin menurun manakala kos harga makanan meningkat naik.
"Monopoli pasaran berlaku dalam pelbagai keadaan. Salah satunya disebabkan dasar permit import (AP) kepada firma besar. Jadi, dari situ mereka akan bermain dengan harga.
"Corak perbelanjaan rakyat Malaysia lebih memilih makanan yang sudah proses seperti makanan dalam tin, makanan sejuk beku berbanding makanan mentah. Dan kebanyakan industri memonopoli makanan proses ini seperti Nestle," katanya yang merujuk kepada laporan bancian ekonomi 2015.
Bancian ekonomi berasaskan makanan dan minuman yang diproses untuk pengeluaran pertanian ialah sebanyak 74%.
"Dan monopoli pengeluaran sektor pertanian juga berlaku seperti beras yang kita tahu dipegang oleh Bernas. Memang kita tengok ada syarikat lain yang menjual beras tapi tetapi sumber mereka sama iaitu ambil daripada Bernas," kata pensyarah Universiti Putra Malaysia itu.
Dalam erti kata lain, beliau berkata dasar monopoli itu sendiri menganggu stuktur pasaran yang sepatutnya lebih terbuka agar dapat menawarkan harga lebih kompetitif kepada pengguna.
"Kita ambil contoh di Eropah. Kita boleh dapatkan barang dengan kualiti sama tetapi harga lebih rendah walaupun produk itu tidak berjenama tetapi tiada beza dari segi kualiti. Pengguna ada pilihan.
"Namun keadaan itu tidak berlaku di Malaysia kerana perbezaan harga antara barang tidak berjenama hanya murah sedikit berbanding yang berjenama."
"Pengguna juga akan merasai perbezaan kualiti antara barangan jenama mahal dan murah."
Import lebih murah
Yusof menolak dakwaan kononnya harga makanan naik kerana Malaysia banyak mengimport barang makanan dari negara luar.
Malaysia mengimport makanan bernilai RM38 bilion di antara Januari dan Oktober tahun lepas.
Sebagai contoh, Singapura bergantung kepada import makanan dan perkara itu tidak mempengaruhi harga makanan di negara republik itu, katanya.
"Masalah kita kerana dasar monopoli dan ditambah kejatuhan mata wang ringgit memburukkan keadaan.
"Ia juga bukan disebabkan kita kurang hasil pertanian. Jika kita mengeluarkan banyak hasil pertanian sekali pun tapi kalau rakyat tak mampu beli pun tidak berguna."
Tambahnya, kos pengeluaran sektor agrikultur bagi pasaran domestik sebenarnya lebih tinggi berbanding kos import bahan makanan dari luar.
"Menurut asas ekonomi, jika pengeluaran dalam negara mahal, lebih baik kita mengimport.
"Bagaimanapun, apabila kita buka ruang kepada import, janganlah ia dimonopoli sesetengah pihak sahaja kerana akhirnya usaha untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna akan menjadi sia-sia."
Justeru, beliau berkata tindakan kerajaan memberi bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dilihat bukan penyelesaian terbaik menangani kenaikan harga makanan.
Katanya, jika kerajaan menaikkan gaji sekalipun ia juga belum tentu dapat menstabilkan harga makanan di negara ini jika masalah dasar monopoli tidak diatasi.
"Sebenarnya penyelesaian kos sara hidup tidak terlalu kompleks. Meminta kerajaan naikkan harga gaji agak sukar sebab faktor ekonomi dunia yang suram.
"Tetapi kita mesti ubah struktur rantaian bekalan makanan, insititusi kena telus. Ini sebenarnya paling penting untuk pulihkan pasaran kita."
Beliau juga turut melihat kepentingan badan pertubuhan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak pengguna.
"Negara kita tidak ada NGO pengguna yang benar-benar lantang memperjuangkan isu harga barang makanan dan dasar monopoli ini.
"Penglibatan NGO pengguna ini penting yang boleh memberi desakan untuk memecahkan dasar monopoli." – 17 November, 2017.
The Malaysian Insight.
No comments:
Post a Comment