Pages

Friday, 17 November 2017

[Video Status HARAPAN: Tiada 'update', 'No' komen] Kekayaan luarbiasa ahli politik Umno Sabah! SPRM tak nk siasat ke? Serpihan stesen angkasa China diramal hentam KL!

Jumaat, 17 November 2017

Foto Otai BERSIH.
SIAPA PILIHAN RAKYAT MALAYSIA..?
Halatuju Masa Depan Negara

A. Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan

B. Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang
Pengerusi Gagasan Sejahtera

C. Datuk Seri Najib Abdul Razak
Pengerusi Barisan Nasional

Reality Politik Malaysia
Mohon #Share

Foto Otai BERSIH.
Ni kekayaan luarbiasa Timbalan Menteri Kewangan Sabah bernama Ramlee Marhaban...rumah ala istana kayangan siap dgn dewan permainan..swimming pool dan mcm2 facility....koleksi kete yg mantap...sampai ada Lamborghini....SPRM tak nk siasat ke....rakyat Malaysia perlu sedar dan bangkit tdo agar jgn dibodohkn terus olh Umno Bn celaka.....!!
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Serpihan stesen angkasa China diramal hentam KL: Kementerian nasihat usah gusar


Rakyat tidak perlu gusar berhubung kemungkinan serpihan Stesen Angkasa China Tiangong-1 milik China, yang kini di luar kawalan, akan mengenai muka bumi negara ini apabila ia kembali memasuki orbit bumi antara Januari hingga Mac tahun hadapan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, pihaknya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) mengenai langkah berjaga-jaga untuk menangani serpihan asing sekiranya ia memasuki ruang angkasa negara ini.

“Apakah langkah-langkah kita untuk pastikan kita dapat menangani pelbagai cabaran, dan kewujudan serpihan angkasa? Saya katakan kita ada SOP untuk tangani perkara ini dan tidak perlu ada kerisauan pihak awam tentang risiko,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang ingin mengetahui status terkini stesen angkasa berkenaan, serta langkah-langkah yang kementerian akan laksanakan sekiranya ia memasuki orbit bumi.
Beberapa media tempatan dan antarabangsa semalam melaporkan stesen berkenaan, yang tidak lagi mempunyai pengendali (unmanned) sejak 2013, kini berada di luar kawalan China.
Laporan itu menyebut bahawa pihak berkuasa China sedang bekerja rapat dengan agensi angkasa negara, termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi mengenal pasti titik hentaman dengan tepat serta mengeluarkan amaran awal sekiranya risiko lebih tinggi daripada yang dijangkakan.
Agensi Angkasa Malaysia (ANGKASA) hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa kemungkinan untuk serpihan daripada stesen itu jatuh dalam Malaysia adalah rendah.
Ketua Pengarahnya Dr Noordin Ahmad dilaporkan berkata kebarangkalian Kuala Lumpur untuk menjadi tempat jatuhnya serpihan itu adalah kecil iaitu kira-kira 0.0000699 peratus, manakala kebarangkalian untuk Malaysia secara keseluruhan pula ialah 0.09 peratus selepas mengambil kira keseluruhan keluasan negara iaitu 329,960.22 kilometer persegi.
Bagaimanapun, Madius berkata, ANGKASA akan membuat pemantauan harian altitud Tiangong-1 dengan lebih teliti apabila tiba masanya, dan pemakluman lanjut kepada awam akan dilakukan sekiranya dirasakan perlu.
Persidangan dewan bersambung pada Isnin.
Malaysia Dateline.

No comments:

Post a Comment