Pages

Saturday, 4 November 2017

[Video Full Highlight - Final Piala Malaysia 2017 & Johor bakal tumbang kpd PH pada PRU14] SIAPAKAH YANG GELABAH sekarang? Clare Rewcastle atau Najib.

Ahad, 5 November 2017


JDT Juara Piala Malaysia 2017

JDT 2 - 0 Kedah

Setelah berbulan-bulan lamanya isu wang RM90 juta yang dikaitkan dengan Pas menjadi bualan ramai, baru hari ini Najib Razak buat pertama kali bersuara berkenaan dengannya

"Saya tak bagi duit kepada Pas, sebab itu Pas saman Sarawak Report.

"Kita tunggu keputusan mahkamah di UK dan sekarang Clare dah gelabah," kata Najib.

Benarkah editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown  sedang gelabah?
Adakah kenyataan pembelaan yang sudah difailkannya di mahkamah menunjukkan beliau gelabah?

Atau Najib dan Pas yang sebenarnya sedang gelabah?

Untuk menilai siapa yang gelabah - Najib, Pas atau Clare, apa kata kita baca pandangan seorang peguam, Hanipa Maidin yang juga merupakan Ahli Parlimen Sepang, Selangor mengenainya.

Di bawah ini tulisan yang dimaksudkan itu yang dipetik dari laman Facebook Peguam Pas - Dulu kepunyaan Hanipa.
1. Teknik atau tactic orang yang gelabah kerana tanggung masalah atau beban ada pelbagai macam dan bentuk.

2. Antara tekniknya adalah orang yang gelabah itu pula yang tuduh orang yang bikin dia gelabah itu sebenarnya yang telah gelabah.

3. Inilah teknik MO1. Dia gelabah dengan pendedahan dari Claire dalam pernyataan pembelaan Claire ke atas saman Presiden parti suci di London sebab nama dia juga terpalit.

4. Jadi nak buat macam mana? Dia kata Claire yang sebenarnya gelabah! 

5. Teknik sebegitu hanya mungkin berjaya jika 95% rakyat negara ini bukan berfikiran waras. Hanya orang tak siuman shj, bagi saya lah, yang percaya yang sebenarnya gelabah adalah Claire dan bukannya MO1 atau yang sejahtera dan matang dengannya.

Kesimpulannya, siapakah yang gelabah sebenarnya dari kacamata pemikiran yang waras?

Kenapa baru sekarang, setelah berbulan-bulan Pas bergelut sendirian bersilat berhubung isu wang RM90 juta itu, barulah Najib bersuara menafikannya?

Dan adakah penafian beliau ini boleh dipercayai atau tiada bezanya dengan penafian berkenaan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya dahulu? (ShahbudinHusin 04/11/2017)

No comments:

Post a Comment