Pages

Saturday 4 November 2017

[Video Hei, MP BN (dok jerit2 dlm dewan) 'Tak malukah negara jadi kleptrokrasi' & ZAHID tak faham2 ke?~Isu Penyelewengan, Skandal Dan Salahguna Kuasa] Kerajaan Timbang Mansuhkan Skim Pencen Kakitangan Awam? Kakitangan awam perlu tolak BN...

Sabtu, 4 November 2017


Foto Otai BERSIH.
PIALA MALAYSIA 2017...yang mana pilihan anda..?
Foto Otai BERSIH.
Apa yang 'dicadangkan' sekarang akan dilakukan oleh BN sebaik sahaja mereka berkuasa semula...

Kakitangan awam perlu tolak BN...

Kerajaan Timbang Mansuhkan Skim Pencen Kakitangan Awam

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menilai semula untuk memperkenalkan skim potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kakitangan awam baharu pada masa depan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pertimbangan itu bagi mengawal perbelanjaan kerajaan dalam pemberian pencen yang cukup besar selama ini.
Menurutnya, kerajaan memperuntukan sejumlah RM24.5 bilion untuk membayar pencen pesara awam dan jumlah itu cukup besar.
“Dalam sistem lama, kerajaan tidak potong KWSP. Dalam usia 50 hingga 60 tahun mereka bersara, kita perlu beri mereka pencen. Kalau kita tidak beri pencen, mereka tidak ada KWSP.
“Proses ini adalah polisi dilakukan lama. Pada masa ini, polisi ini kita perlu lihat semula pada kakitangan yang baru.
“Ini adalah polisi yang perlu kita lihat pada masa depan,” katanya dalam program Soal Jawab “Analisis Bajet 2018” malam tadi.
Jelas Johari peruntukan besar pembayaran kepada pesara perlu dikawal kerana ia tidak mampan untuk negara.
Mengulas perkara sama, beliau berkata, kerajaan juga perlu mengawal pengambilan kakitangan awam yang kini berjumlah 1.6 juta.
Menurutnya, kerajaan memperuntukan RM79 bilion daripada perbelanjaaan operasi sebanyak RM234.5 untuk pembayaran emolumen (gaji).
Jumlah itu, katanya, adalah besar.
“Namun kita tidak boleh suruh mereka berhenti kerana ia bukan cara dalam menguruskan sistem. Cuma kita perlu mengawal jumlah tersebut,” tambahnya.
Daripada 1.6 juta penjawat awam, seramai 570,000 adalah guru dan pensyarah, 350,000 lagi adalah kakitangan keselamatan seperti polis dan tentera manakala 250,000 lagi kakitangan kesihatan.
Kakitangan pentadbiran yang mengurus 31 juta penduduk Malaysia hanya kira-kira 400,000 sahaja. – MalaysiaGazette

Wajibkan Kakitangan Awam Baharu Pilih Option KWSP – Pakar Ekonomi

Cadangan kerajaan mahu memperkenalkan skim potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kakitangan awam baharu pada masa depan amat dialu-alukan.
Bagaimanapun, keberkesanannya perlu dilihat untuk jangka masa panjang kerana ia tidak mampu membantu kerajaan menjimatkan wang dalam masa terdekat.
Menurut pakar ekonomi, Lee Heng Guie, langkah kerajaan itu tidak dinafikan mampu mengawal perbelanjaan kerajaan dalam pemberian pencen yang semakin hari semakin besar.
“Dalam Bajet 2010, jumlah peruntukan pencen bagi kakitangan awam sebanyak 7.4 peratus, iaitu RM11.5 bilion daripada jumlah pengurusan diperuntukkan.
“Jumlah ini kemudian dinaikkan kepada RM23.6 bilion iaitu 10.8 peratus dalam Bajet 2017,” kata Heng Guie kepada Oriental Daily.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengenai  peruntukan besar pembayaran kepada pesara perlu dikawal kerana ia tidak mampan untuk negara.
Menurut Johari, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM24.5 bilion untuk membayar pencen pesara awam dan jumlah tersebut cukup besar.
Daripada 1.6 juta penjawat awam, seramai 570,000 adalah guru dan pensyarah, 350,000 orang lagi adalah kakitangan keselamatan seperti polis dan tentera, manakala 250,000 orang kakitangan kesihatan, manakala kakitangan pentadbiran kira-kira 400,000 orang sahaja.
Kata Heng Guie, walaupun kerajaan sebelum ini meminta Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) membantu menguruskan sebahagian wang pencen demi faedah pencarum, namun sebahagian besar dana ketika ini adalah peruntukan daripada bajet.
“Bagi sesetengah negara, sekiranya mereka tidak bijak mengawal pembayaran pencen, ia sudah pasti akan membawa bebanan kepada kerajaan itu sendiri.
“Kerajaan kita sebenarnya perlu mengawal pengambilan kakitangan awam, jika tidak ia akan menyebabkan kerajaan menghadapi kesukaran mengawal sejumlah wang pencen yang amat besar pada masa akan datang,” jelasnya. – Sinar Harian

No comments:

Post a Comment