Pages

Tuesday, 7 November 2017

[Video INSIDEN PASAWAT HAWK & Zahid- Mental Najib Tidak Stabil] Adakah ini salah satu transformasi TN50 dan sumbangan terbesar Najib? 'Kepala bapak kau', 'Bodoh', 'Haramjadah', 'Bangang', 'Bangsat'.

Rabu, 8 November 2017


Image result for Foto HAWK TUDM

TERIMA KASIH NAJIB KERANA MELAKUKAN SUMBANGAN TERBESAR KEPADA PERADABAN MELAYU

"Kepala bapak kau!!"

"Bodoh!!"

"Haramjadah!!"

"Bangang!!"

"Bangsat!!"

Di atas adalah antara beberapa perkataan yang bagi kebanyakan orang adalah dilarang diucapkan secara terbuka atau ditujukan kepada sesiapa di depan khalayak ramai.

Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin misalnya, pernah memberitahu bahawa perkataan "bodoh" adalah dilarang diucapkan di kalangan ahli keluarganya sejak turun-temurun lagi.

Kata beliau, datuk, nenek dan ayahnya dahulu amat menitik-beratkan larangan itu dan ia kekal menjadi pegangan mereka sehingga hari ini.

Bekas Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Sabbaruddin Chik, jika berbual-bual dengannya,  beliau amat sensitif jika terdengar perkataan "bodoh" diucapkan, lalu segera menyarankan agar ia ditukar kepada perkataan "tidak cerdik".

Meskipun "bodoh" dan "tidak cerdik" mempunyai makna yang serupa dan jika ada perbezaan pun hanyalah senipis kulit bawang, perkataan "tidak cerdik" terdengar lebih sopan berbanding "bodoh".

Tentunya ramai orang Melayu dan rakyat Malaysia mempunyai sikap dan pendirian  seperti A Kadir Jasin dan Sabbarudin Chik itu. 

Jika perkataan "bodoh" pun cuba dijauhi, sudah tentu ungkapan "kepala bapak kau", "haramjadah", "bangang" dan "bangsat" lebih mughallazah lagi untuk diucapkan.

Begitulah tingginya cara orang Melayu menjaga perlakuan dan tatasusila. Tidak kira di mana tinggalnya, yang selalu dipegang ialah biar miskin harta, asal kaya budi bahasa.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berketurunan baik-baik dan bergelar bangsawan, berpakaian mahal dan cantik setiap hari, tinggal di banglo atau istana, makan steak atau spaghetti,  tidak menyentuh belacan sebagai santapan harian serta tiada tekanan dalam kehidupan, menjauhi perkataan-perkataan terlarang itu tentulah lebih mudah untuk diamalkan.

Jika ada pun kita terdengar perkataan tersebut sesekali diucapkan, ia mungkin hanya dilafazkan oleh mereka yang kurang didikan, tak cukup kasih sayang atau tinggal dan bergaul dengan golongan jalanan.

Tetapi, sekarang ini semua perkataan itu telah diucapkan secara terbuka oleh Perdana Menteri, bukan saja di khalayak ramai, tetapi juga dapat didengar oleh berjuta-juta rakyat Malaysia melalui siaran televisyen dan media sosial.
Apa sudah jadi?

Sebenarnya inilah salah satu transformasi TN50 dan sumbangan terbesar Najib kepada peradaban bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

Dengan seorang Perdana Menteri sendiri sudah mengucapkan semua perkataan itu secara terbuka dan tanpa rasa sedikit bersalah, beliau dengan sendirinya bermaksud agar kita juga, baik Melayu atau bangsa-bangsa lain supaya tidak lagi malu atau rasa berdosa menggunakan ungkapan-ungkapan tersebut secara santai, biasa dan meluas dalam perbualan-perbualan seharian.

"Kepala bapak kau", "bodoh", "haramjadah", "bangang" dan "bangsat" - mulai hari ini bukan lagi perkataan larangan atau hodoh, sebaliknya ia bebas boleh diucapkan di mana-mana dan kepada sesiapa saja.

Terima kasih Najib kerana telah melakukan sumbangan paling besar kepada peradaban Melayu, sesuatu yang bukan saja gagal dilakukan oleh semua Perdana Menteri sebelum ini, tetapi juga oleh Tun Razak sendiri. 

Sumbangan ini lebih besar dan harus dikenang melebihi kewujudan MRT, ECRL, keretapi laju, bangunan 100 tingkat di Bandar Malaysia serta hutang berbilion ringgit oleh 1MDB. (ShahbudinHusin 07/11/2017)

No comments:

Post a Comment