Putera Turki yang punya kaitan dengan 1MDB antara ditahan kerana rasuah
Kerajaan Arab Saudi telah menahan 11 orang putera raja dan beberapa orang menteri kanan pula disingkirkan Sabtu lalu dalam suatu siasatan oleh jawatankuasa anti rasuah yang baru ditubuhkan.
Menurut laporan Reuters, antara yang ditahan ialah Putera Turki bin Abdullah, pengasas syarikat Petrosaudi yang punya kaitan dengan 1MDB.
Bekas gabenor wilayah Riyadh itu ditahan atas dakwaan rasuah berhubung projek Riyadh Metro kerana didapati memanfaatkan kedudukannya memberikan kontrak kepada syarikat-syarikat yang ada hubungan dengannya, menurut laporan itu lagi.
Dalam satu kenyataan kepada agensi berita Saudi, SPA, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dilaporkan berkata, beliau menyambut baik penubuhan jawatankuasa anti rasuah tersebut bagi membasmi “eksploitasi mereka yang berjiwa lemah, yang meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan awam untuk mendapatkan wang”.
Petrosaudi ditubuhkan dalam 2005 sebagai sebuah syarikat minyak persendirian oleh Putera Turki bin Abdullah dan rakan niaganya Tarek Obaid, seorang pengusaha bank, menurut maklumat Financial Times. (www.ft.com)
Petrosaudi menjalinkan kerjasama dengan 1MDB dalam tahun 2009, memberi persetujuan dana Malaysia sebanyak US1 bilion dilaburkan dalam usaha sama sebagai tukaran syarikat Saudi membawa masuk konsesi ekstrak mineral di Turkmenistan dan Argentina yang didakwa bernilai US2.7 bilion, lapor Fanancial Times lagi.
Perihal hubungan Petrosaudi dengan 1MDB yang kontroversi turut disebut dalam kenyataan bela diri Clare Rewcastle Brown dalam kes saman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke atas Sarawak Report.
Malaysia Dateline.
No comments:
Post a Comment