Pages

Wednesday, 8 November 2017

[Video Menteri Jabatan PM turut akui banjir Pulau Pinang akibat hujan terlalu lebat & Nyawa mangsa banjir lebih penting daripada kecaman netizen] 64 jam, tabung bencana banjir DAP P.Pinang terima RM5.1 juta

Rabu, 8 November 2017


64 jam, tabung bencana banjir DAP P.Pinang terima RM5.1 juta


GEORGE TOWN, 8 NOV: Sehingga pukul 10 pagi tadi, tabung bencana banjir yang diluncurkan DAP Pulau Pinang menerima sumbangan awam sejumlah RM5,132,320.87.
Naib Pengerusi DAP Negeri, Zairil Khir Johari memberitahu sumbangan awam itu berjaya diterima dalam tempoh 64 jam selepas parti melancarkan tabung kemanusiaan tersebut.
“Wang derma tersebut akan disalurkan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk tujuan berkenaan bencana taufan dan banjir baru-baru ini,” jelas Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera di Kafeteria Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini, tengah hari ini.
Katanya, kutipan tabung bencana itu akan diteruskan sehingga 15 November depan.
“Derma boleh dibuat secara cek atau wang tunai di atas nama ‘DAP Penang’ yang beralamat No.3, Jalan Rangoon, George Town.
“Derma juga boleh disumbang secara ‘bank-in’ ke akaun Maybank ‘DAP Penang’, 5070-1301-4596,” jelas Zairil kepada pemberita.
Roketkini.

No comments:

Post a Comment