Pages

Monday, 6 November 2017

[Video TANAH HARGA RM38 JUTA JADI RM1 Billion!~Lagi Penyelewengan 1MDB] 'KEPALA BAPAK KAU!' Apa sudah jadi dengan Najib kebelakangan ini? Adakah Tun M yang semakin hampir untuk menyingkirkannya makin mengganggu hidupnya?

Isnin, 6 November 2017

"KEPALA BAPAK KAU"...MASYA ALLAH, INI BAHASA PERDANA MENTERI ATAU BAHASA MAT REMPIT?


Apa sudah jadi dengan Najib Razak kebelakangan ini?

Kenapa sampai terkeluar daripada mulutnya ungkapan "kepala bapak kau"?

Tidakkah beliau sedar kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang berketurunan Melayu dan beragama Islam di mana seharusnya beliau sentiasa menjaga budi bahasa dan percakapannya di khalayak ramai? 

Lupakah Najib bahawa beliau berasal daripada keluarga  baik-baik yang kebiasaannya memang dididik untuk menjauhi daripada menggunakan perkataan keji atau bahasa jalanan seperti "kepala bapak kau" itu?
Lebih daripada itu, sedarkah Najib bahawa mat rempit pun tidak kedengaran lagi mengucapkan perkataan "kepala bapak kau" secara terbuka dan di depan umum sekarang ini, malah ramai di antara mereka yang tinggi budi bahasa dan bersopan santun ketika berbicara?

Adakah Najib sekarang lebih rendah tarafnya daripada mat rempit?
Yang lebih memalukan, baru saja semalam beliau mengatakan tidak akan merendahkan martabat dirinya dengan menyentuh hal-hal peribadi sepertimana "orang itu", suatu panggilan kegemaran kepada Tun Mahathir Mohamad, kenapa hanya beberapa jam selepas itu sudah melupai kata-katanya sendiri?

Dengan mengucapkan perkataan "kepala bapak kau", Najib dengan sendirinya meletakkan dirinya bukan saja jauh lebih rendah berbanding Tun Mahathir yang hanya mengatakan Presiden UMNO itu mungkin berasal dari lanun Bugis, malah mat rempit juga tidak lebih rendah berbanding dirinya.

Ini kerana berbanding mat rempit yang hanya menaiki kapcai dan hidup serba tidak selesa, kedudukan Najib yang ada jet peribadi, tinggal di Seri Perdana, makan pakai ditanggung oleh duit rakyat, ada kawalan keselamatan UTK lagi, malangnya semua keselesaan itu  masih tidak mampu menjadikan dirinya lebih berbudi bahasa di khalayak ramai.
Tidakkah ia bermakna mat rempit lebih mulia lagi?

Tidak cukupkah lagi dengan perkataan bangang, haramjadah dan bangsat yang pernah dilafazkannya sebelum ini?
Adakah Najib sekarang begitu tertekan sehingga banyak perlakuannya jadi tak keruan?

Atau kehadiran Tun Mahathir Mohamad yang semakin hampir untuk menyingkirkannya makin mengganggu hidupnya?

Kesian....takkanlah Pahlawan Bugis boleh begitu lemah dalam menghadapi cabaran? (ShahbudinHusin 05/11/2017).

No comments:

Post a Comment