Pages

Monday, 6 November 2017

[Video Kepala Bapak Kau - Keadaan mental Najib tidak stabil] Bilal pertahan guna surau selamatkan mangsa banjir.

Selasa, 7 November 2017

Bilal pertahan guna surau selamatkan mangsa banjir

Bilal pertahan guna surau selamatkan mangsa banjir
Foto yang tular di platform media sosial yang mencetuskan pelbagai reaksi susulan banjir di Pulau Pinang, pada Ahad. – Gambar Facebook, 6 November, 2017.

BILAL di sebuah surau di Georgetown mempertahankan tindakannya membenarkan sekumpulan mangsa banjir menumpang di surau berkenaan ketika bencana itu, selepas dikritik masyarakat termasuk penceramah kontroversi Zamihan Mohd Zin.
Harian Metro Online melaporkan Sapno Tukijo, Bilal surau Taman Free School yang membawa hampir 70 orang penduduk India dan Cina dari kawasan sekitar Lengkuk P Ramlee pada jam 2 pagi itu tidak mempedulikan kritikan yang dilemparkan terhadapnya.
“Saya tak kisah apa orang kata, yang penting nyawa mereka dapat diselamatkan.
“Saya tahu ada yang akan mengecam tindakan itu namun saya rasa lebih bersalah sekiranya melihat mereka yang tidak tahu ke mana arah hendak dituju," kata beliau seperti dilaporkan Harian Metro Online.
Semalam, gambar menunjukkan sekumpulan lelaki dan perempuan berbangsa Cina termasuk seorang lelaki yang tidak memakai baju memeluk badan di ruang solat sebuah surau.
Gambar itu mendapat banyak maklum balas, kebanyakannya bersimpati dengan mangsa banjir paling teruk di Pulau Pinang itu serta memuji tindakan pengurusan surau yang melindungi mereka.
Namun ada juga yang menyatakan lelaki Cina yang tidak memakai baju itu tidak sopan kerana tidak menghormati surau.
Penceramah Zamihan Mohd Zin di laman Facebook beliau menyelar tindakan pengurusan surau yang membenarkan orang kafir memasuki masjid dan surau.
“Situasi gambar di atas tidak sepatutnya berlaku. Ia tidak boleh dikategorikan sebagai darurat kerana masih ada ikhtiar lain untuk keperluan mereka. 
“Selain itu, pihak pengurusan masjid dan surau juga perlu mengingatkan mereka dengan adab dan syarat bagi menjaga kesucian masjid,” kata beliau hari ini.
Bagaimanapun Sapno menyatakan mangsa banjir itu sebenarnya mahu berlindung di sebuah Tokong berhampiran namun gagal kerana air sudah mencecah paras dada dengan arus yang deras.
Beliau kemudiannya mengajak mangsa terbabit ke surau walaupun pada awalnya mereka segan untuk masuk ke surau berkenaan.
"Tokong terbabit terletak hanya beberapa meter di seberang jalan dan saya cuba membawa mereka dengan mengikat tali di kedua-dua tiang elektrik.
"Bagaimanapun usaha itu gagal kerana air deras dan naik mendadak hingga paras dada dan saya sendiri mempelawa mereka menumpang di surau.
"Mereka akhirnya akur dan menumpang di surau ini malah ada yang tidak berbaju kerana keluar sehelai sepinggang ketika itu.“ katanya.
Semalam lebih 9,000 mangsa di negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak dipindahkan ke 92 pusat pemindahan banjir.
Bagaimanapun jumlah itu berkurang hari ini dengan hanya 7,000 mangsa di 78 pusat pemindahan pada tengah hari.
Tujuh nyawa turut melayang di Pulau Pinang setelah hujan lebat dan angin kencang melanda negeri itu sejak Ahad lalu. – 6 November, 2017.
The Malaysian Insight.

No comments:

Post a Comment