Pelajar conteng gambar badut Najib di baju sekolah
AMALAN menconteng baju seragam sekolah sebaik sahaja selepas tamat menduduki kertas terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), adalah perkara biasa setiap tahun.
Rasanya ramai di kalangan anda di luar sana yang turut sama menconteng baju sekolah, kononnya untuk dijadikan kenangan kerana selepas ini baju tersebut tidak akan digunakan lagi untuk pergi ke sekolah.
Ada yang memilih untuk mengambil tandatangan rakan-rakan dan guru, ada juga yang menconteng pelbagai karya seni di atas baju tersebut.
Namun perbuatan 3 orang pelajar ini yang menconteng gambar muka badut Najib, menjadi viral di media sosial facebook dan twitter.
Selain mengambil tandatangan rakan-rakan di atas baju seragam sekolah, mereka turut melukis gambar "badut Najib" di atas pakaian seragam itu.
Lukisan muka "Badut Najib" ini mula dipopularkan oleh seorang aktivis Fahmi Reza, yang memperjuangkan isu-isu politik dan semasa melalui hasil karya seni yang dihasilkan olehnya.
Lukisan muka "Badut Najib" ini mula dipopularkan oleh seorang aktivis Fahmi Reza, yang memperjuangkan isu-isu politik dan semasa melalui hasil karya seni yang dihasilkan olehnya.
Lukisan badut yang membawa tema "kita semua penghasut" itu pernah mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.
milosuam.
milosuam.
Dasar Pendidikan Tak Patut Berubah Setiap Kali Menteri Bertukar
No comments:
Post a Comment