Pages

Monday, 4 December 2017

[Video Program Langgar Abis! Pendedahan Sebenar ISU SIASATAN Penyelewangan di Sabah] Respons positif terhadap gabungan Dr Mahathir-Wan Azizah

Isnin, 4 Disember 2017

Respons positif terhadap gabungan Dr Mahathir-Wan Azizah

Respons positif terhadap gabungan Dr Mahathir-Wan Azizah
Majoriti pengguna media sosial bersetuju dengan gabungan Dr Mahathir Mohamad dan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri interim sekiranya Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Disember, 2017.

MAJORITI pengguna media sosial memberikan reaksi positif kepada berita Dr Mahathir Mohamad dan Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi perdana menteri interim dan timbalan perdana menteri sekiranya pembangkang menang pilihan raya umum ke 14. 
The Malaysian Insight menjalankan undian untuk mengenal pasti sama ada pengguna Facebook dan Twitter bersetuju dengan cadangan Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim dan Wan Azizah sebagai timbalan perdana menteri interim jika Pakatan Harapan menang. 
Keputusan pada jam 6 petang menunjukkan 600 (55.8%) mengundi ya manakala 475 (44.2%) memilih tidak. Facebook mempunyai 493 pengguna yang memilih ya dan 360 pengguna yang memilih tidak manakal di Twitter, 107 mengundi ya dan 115 mengundi tidak.
Kebanyakan pengguna Facebook seperti Lee Chee Wat dan Herbert Tang bersetuju gandingan dua pemimpin itu menerajui negara sebelum penasihat PH Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara tahun depan. 
"Saya setuju Dr Mahathir sebagai PM dan Dr Wan Azizah sebagai timbalan perdana menteri tetapi ini hanya interim," komen Lee. 
"Anwar akan menjadi perdana menteri ketujuh," komen Tang.
Bagaimanapun, mereka yang tidak bersetuju mempunyai pandangan mereka tersendiri.
"Bodoh la PH...22 tahun di bawah rejim Mahathir, sekarang mahu letak dia kembali berkuasa," komen pengguna Abu Ammar Alattas. 
"Memandangkan mereka adalah interim, perdana menteri sebenar perlu dinamakan. 
"Perlu ada alternatif sekiranya Anwar tidak mendapat pengampunan diraja," komen pengguna Shahrul Idzwan Shaari. 
Anwar dijangka akan dibebaskan pada ertengahan tahun hadapan, dengan atau tanpa pengampunan diraja. 
Ada yang mengambil langkah seterusnya dan mahukan "muka baharu", mencadangkan naib presiden PKR Rafizi Ramli dan Menteri BesarSelangor Mohamed Azmin Ali sebagai pengganti. 
"Saya rasa emimpin yang lebih dinamik diperlukan. Dr Mahathir elok jadi menteri kanan manakala Dr Wan Azizah perlu beri laluan kepada Azmin," komen Jeffrey JShing Ng.
"Rafizi untuk timbalan perdana menteri," komen Andyktchong Ktchong.
Semalam, parti dalam Pakatan Harapan kecuali PKR bersetuju menamakan dua pemimpin itu sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri interim pada retreat dua hari yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada 1 dan 2 Disember. 
"Bersatu, Amanah dan DAP sudah bersetuju, hanya PKR yang belum mencapai persetujuan," kata sumber yang turut hadir pada retreat itu kepada The Malaysian Insight. 
The Malaysian Insight juga difahamkan, Dr Wan Azizah juga bersetuju dengan cadnagan itu pada dasarnya, tetapi berdepan tentangan daripada beberapa pihak dalam partinya. 
"Kita perlu tangguhkan keputusan kerana PKR mahu berbincang dengan (mesyuarat) biro politik mereka," tambah sumber berkenaan. – 4 Disember, 2017.
 The Malaysian Insight.

No comments:

Post a Comment