Hj Hadi Awang berkata parti Islam itu tidak berhasrat untuk merampas tampuk pemerintahan daripada Umno dan sedia jadi pendokong kuat Barisan Nasional.
Apa nak hairan dengan kenyataan Hadi, tanya pengguna media sosial
Ramai pengguna media sosial hari ini, walau memberi reaksi, namun tidak terkejut dengan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mencadangkan hanya pemimpin beragama Islam boleh menganggotai Kabinet sekiranya parti Islam itu jadi kerajaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 26 Disember, 2017.
PENGGUNA media sosial tidak terkejut dengan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang hanya pemimpin beragama Islam boleh menganggotai Kabinet sekiranya parti Islam itu jadi kerajaan.
Rata-rata mereka berpendapat kenyataan itu sesuatu yang sememangnya mencerminkan sikap pemimpin PAS itu.
Pengguna Facebook yang menggunakan nama Jason Kay dalam komennya menyindir kenyataan Hadi itu.
"Terima kasih penganalisis. Tanpa mu (sic), kita tidak akan tahu," tulisnya dengan turut sama meletakkan tanda pagar #sarcasm.
Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Kingsley Robson pula bertanya: "Baru perasan?"
Penganalisis politik dalam reaksi terhadap kenyataan Hadi mengupas bahawa PAS kini sudah semakin jelas menjadi sebuah parti ultra konservatif.
Mereka melihat kenyataan ini dibuat untuk menarik undi Melayu dan Islam, tetapi pada masa sama akan menjauhkan lagi penyokong bukan Islam dengan parti itu.
Hadi dalam tulisannya di HarakahDaily merakamkan pandangannya bahawa hanya orang Islam akan ada peranan sebagai pembuat dasar, termasuk jadi anggota kabinet, dalam sebuah kerajaan dan negara Islam seperti yang diperjuangkan oleh PAS.
Sementara itu, komen-komen yang hampir sama juga dikesan dalam kalangan pengguna Twitter.
Ehh bukan baru jadi begini la. Dah lama dah super dupa ultra extremis ahh
Hadi membuat kenyataan ini tidak lama selepas PAS Pahang mengumumkan hasrat menurunkan calon bukan Muslim pada pilihan raya umum ke-14.
Penganalisis melihat hasrat PAS itu hanya mahu menunjukkan ia sebuah parti yang terbuka dan inklusif, serta mampu berdiri sendiri tanpa dukungan mana-mana gabungan baik Barisan Nasional mahpun Pakatan Harapan.
Sementara itu, seorang pengguna Facebook dengan nama Shahrul Mohamad berpendapat kenyataan Hadi itu hanya akan menambah kekecewaan ahli-ahlinya dan mengurangkan sokongan bukan Melayu kepada PAS.
"Harapan sahaja menggunung tapi semuanya akan musnah sebelum sampai PRU14 nanti," tulisnya.
Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @peterkhoon bertanya apa gunanya anggota Kabinet semua beragama Islam kalau rasuah dan salah tadbir berleluasa.
Apa gunanya dan jaminan negara akan bersih, berakhlak kalau 100% kabinet/ menteri melayu? Lat ni pun kebanyakan jawatan penting org melayu islam. Rasuah, rompakan tanah, salah urus negara masih ada, kat kelantan tu pembalakan haram masih berleluasa...
Sementara itu, ada juga dalam kalangan pengguna Facebook yang percaya pengundi yang menyonong PAS dahulu kini menyokong parti Amanah.
“80% penyokong PAS dulu sokong Amanah skg (sekarang) ni..sayonara PAS,” tulis Nora Aziz. – 26 Disember, 2017.
TMI.
No comments:
Post a Comment