Pages

Wednesday, 13 December 2017

[Video TN50 Hanya Pembohongan Najib & CUBAAN Najib Padam Legasi Tun M] ‘Peremajaan Parti’ (Umno) hanya SEMBANG aje? Penutupan Kedai Buku 1Malaysia, satu lagi kegagalan produk 1Malaysia.

Khamis, 14 Disember 2017


Image result for Foto TN50 hanya angan angan
Umno wajar ditolak pada PRU akan datang, peremajaan hanya sembang

Umno wajar ditolak pada PRU akan datang, peremajaan hanya sembang

Mohd Ashraf Mustaqim

Dalam tempoh hampir 6 tahun kebelakangan sejak Umno tersentak dengan kebangkitan rakyat pada PRU-13. ‘Berbuih Mulut’ kedengaran apabila berkumandang saban tahun pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) berkenaan dengan suatu ungkapan yang menjadi ‘angan-angan Mat Jenin’ juak-juak “Cash is King” Umno khusunya dalam kalangan akar umbi dan Pemuda Umno.
Ungkapan tersebut ialah ‘Peremajaan Parti’ (Umno), dalam erti kata pernyataan penuh ‘harapan’ bagi merombak dan menolak kepimpinan korup (Najib Razak & Co.) termasuk memberi peluang kepada muka baharu yang ikhlas berjuang utamanya dalam kalangan anak muda agar suatu rejuvenasi mampu dilakukan kononnya demi membawa impak kepada rakyat.
Ungkapan itu sejak dari kebangkitan rakyat ‘Fasa II’ lalu (tanpa kewujudan Bersatu/PPBM), yang juga pada suatu sisi inginkan pembaharuan dan perubahan (mungkin dari dalam Umno sendiri) semakin hari kelihatan hanya sekadar ungkapan ‘pemuas nafsu’ dan telahpun hanya menjadi ‘mantra kosong’.
Ianya sekadar untuk mendapat sorak-sorai dan nampak gah ‘berdentum-dentam’ mendesak, walhal medan melobi kepentingan dan keuntungan diri bila berucap di ‘kononnya’ pentas keramat yang menjadi ‘sesi luahan perasaan’ semata-mata, tak lebih langsung untuk mampu membawa suara ramai dari dalam kalangan Umno sendiri apatah lagi hingga ke jagat Melayu dan masyarakat Malaysia umumnya.
Umno kini di bawah rejim Najib Razak, jauh sekali seperti Umno suatu masa dahulu yang melalui kepimpinannya pernah berjasa buat warga Malaysia melalui bapa-bapa terdahulu.
Kini Umno lebih sinonim sebagai sebuah parti yang telah pun membusuk kesan nanah rasuah dan kini lebih terkenal dengan jolokan parti ‘Kleptokrasi’.

Penutupan Kedai Buku 1Malaysia, satu lagi kegagalan produk 1Malaysia

Penutupan Kedai Buku 1Malaysia, satu lagi kegagalan produk 1Malaysia

Beberapa cawangan Kedai Buku 1Malaysia sudah ditutup dan berdepan tindakan saman kerana gagal membayar tunggakan kepada penerbit berjumlah lebih RM100,000. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 14 Disember, 2017.

KEDAI buku rakyat dengan harga berpatutan. Itulah yang dibayangkan oleh Perdana Menteri Najib Razak apabila Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) dilancarkan pada September 2012
Bagaimanapun, lima tahun selepas cawangan utamanya di Pudu Sentral, tidak kelihatan lagi sebarang tanda yang KB1M pernah wujud di UTC itu dan dimaklumkan oleh beberapa penyewa kepada The Malaysian Insight yang kedai buku itu sudah ditutup sejak sekian lama.
"Saya tidak ingat bila ia ditutup, tetapi saya rasa ia sudah lebih setahun," kata penyewa yang menjalankan perniagaan menjahit, menunjukkan ruang kosong di hadapan kedainya, di mana KB1M pernah beroperasi.
KB1M kini berdepan masalah susulan tindakan saman daripada penerbit buku bebas tempatan, Fixi, yang mengheret syarikat itu ke mahkamah susulan kegagalannya membayar tunggakan berjumlah lebih RM100,000 daripada hasil penjualan buku Fixi.
Satu lagi penerbit bebas, Lejen Press juga menghadapi masalah yang sama, kerana KB1M berhutang RM70,510.59.
"Selepas mengesyaki ada yang tidak kena, kami memutuskan untuk berhenti membekalkan buku. Penghantaran pesanan terakhir adalah pada Mac tahun lepas," kata Pengasas dan Pengarah Urusan Lejen Press, Muhammad Aisamuddin Md Asri kepada The Malaysian Insight.
Aisamuddin, atau lebih dikenali sebagai Aisa Linglung, berkata meskipun inisiatif yang baik diperkenalkan untuk menyemai tabiat suka membaca di kalangan rakyat Malaysia, kerajaan perlu campur tangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
"Kerajaan atau sesiapayang terlibat harus membantu KB1M, sama ada melalui pelancaran semula produk itu sebagai KB1M 2.0 atau membantu entiti sedia ada dengan menyelesaikan semua hutangnya.
"Tetapi saya tidak fikir mereka akan menubuhkan KB1M lain seperti KR1M 2.0, kerana kerajaan tidak memasukkannya dalam Bajet 2018.
Keadaan cawangan Kedai Buku 1Malaysia di Pudu Sentral yang ditutup sejak lebih setahun lalu. – Gambar The Malaysian Insight, 14 Disember, 2017.
Keadaan cawangan Kedai Buku 1Malaysia di Pudu Sentral yang ditutup sejak lebih setahun lalu. – Gambar The Malaysian Insight, 14 Disember, 2017.
"Dan walaupun mereka mewujudkan KB1M 2.0, saya tidak fikir ramai penerbit ingin bekerjasama dengan mereka lagi disebabkan masalah semasa," katanya, merujuk kepada rancangan kerajaan untuk melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) sebagai KR1M 2.0.
KR1M, yang dicadangkan oleh Najib pada Jun 2011, bertujuan mengurangkan beban rakyat dan juga membantu memasarkan produk oleh pengendali tempatan yang terdiri daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana.
"Saya masih ingat KB1M akan memberikan diskaun 15% kepada buku yang dijualnya, contohnya buku kami, harga runcit mungkin sekitar RM20, tetapi KB1M menjualnya pada harga RM17.
"Tetapi saya tidak tahu sama ada mereka sudah mengambil kira margin keuntungan, kos operasi dan lain-lain kerana sekarang apabila berlaku keadaan seperti ini, orang akan mengaitkan masalah dengan kerajaan kerana inisiatif itu diletakkan di bawah jenama 1Malaysia," kata Aisamudin, sambil menambah syarikatnya membekalkan buku untuk KB1M apabila ia mula dibuka.
Pemeriksaan di laman sesawang 1Malaysia bagaimanapun mendapati KB1M tidak tersenarai sebagai salah satu inisiatif di bawah jenama 1Malaysia.
Produk lain seperti Kad Diskaun Pelajar 1Malaysia (KADS1M), Kedai Tekstil 1Malaysia Rakyat (KKR1M), Klinik 1Malaysia (K1M), 1Malaysia People's Shop (KR1M), Klinik Bergerak 1Malaysia (KB1M), Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dilihat tersenarai di laman sesawang itu.
Sementara itu, laman sesawang KB1M sedang diselenggara dan difahamkan yang Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad (ITBM) sudah mengambil alih pengurusan KB1M.
Pengurus Pengedaran Fixi, Nik Adam Ahmad Nik Rasdee berkata beberapa kakitangan KB1M yang biasa berurusan dengan Fixi berhenti menghubungi mereka.
"Kami tidak tahu siapakah pihak pengurusan rasmi KB1M. Apa yang kami tahu, mereka sudah memindahkan ibu pejabat ke Wangsa Maju dari Petaling Jaya. Peguam kami memberitahu apabila kami mahu menghantar Notis Tuntutan," kata Nik Adam sambil merujuk kepada notis yang diabaikan oleh KB1M Sdn Bhd.
"Kami sudah berhenti membekalkan buku sejak Mei tahun ini," katanya.
Sementara itu, sumber dalam industri berkata KB1M dikendalikan bersama oleh ITBM dan salah sebuah kedai buku terkenal di Malaysia.
"Tetapi kali terakhir kita dengar ialah syarikat itu menarik diri daripada kerjasama itu," kata sumber berkenaan.
Menurut laporan media bertarikh April 2016, KB1M mempunyai lima cawangan di seluruh negara pada masa itu – Wangsa Maju, UTC Perak, UTC Kuantan, UTC Alor Star dan Gong Badak.
Pemeriksaan oleh The Malaysian Insight di KB1M Wangsa Maju mendapati kedai buku itu terletak di sebelah ibu pejabat ITBM, berkongsi bangunan yang sama.
Bagaimanapun, kedai itu hanya menjual buku-buku yang diterbitkan oleh ITBM, menurut seorang kakitangan.
"Ini adalah kedai KB1M sebelum ini tetapi dalam proses menukar pengurusan, papan tanda di luar adalah yang lama," kata kakitangan itu.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh turut memaklumkan kepada The Malaysian Insight yang kedai KB1M di Kuantan sudah ditutup.
Percubaan The Malaysian Insight untuk mendapatkan maklum balas daripada Pengarah Urusan ITBM Mohd Khair Ngadiron berhubung status KB1M di seluruh negara tidak berhasil tetapi beliau memberi respons terhadap pertanyaan mengenai tuntutan mahkamah yang difailkan oleh Fixi, mengatakan tidak sesuai untuk memberikan sebarang komen kerana ia kini adalah kes mahkamah. – 14 Disember, 2017.
The Malaysian Insight



No comments:

Post a Comment