Pages

Friday, 5 January 2018

[Video Najib TERDESAK~UmnoBN Sabah memang dah GOYANG! Anak Muda Bangkit Oh Ale Ale Malaysiaku] Umno gunakan DUIT RAKYAT utk kepentingan politiknya? Selangor berhak cadang kerusi DUN ditambah.

Sabtu, 6 Januari 2018


Foto Pakatan Harapan.

Foto Pakatan Harapan.
Kuiz: Cuba kira berapa janji pilihanraya BN pada PRU-13 sudah tercapai! 

Foto Pakatan Harapan.
Selangor berhak cadang kerusi DUN ditambah, kata bekas pengerusi SPR
Abdul Rashid Abdul Rahman berkata sekurang-kurangnya 10 kerusi DUN baharu perlu ditambah dalam proses persempadanan semula.
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor berhak mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menambah kerusi DUN, kata bekas pengerusi SPR.
Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata sekurang-kurangny 10 kerusi DUN baharu perlu di tambah di Selangor dalam proses persempadanan semula.
“Tambah lagi wakil rakyat, lagi bagus. Rakyat mahu supaya wakil rakyat ditambah lagi. Tambah 10 atau 15 (kerusi DUN) juga tidak mengapa,” katanya ketika ditemui di Insititut Darul Ehsan (IDE) hari ini.
Beliau menambah Selangor tidak perlu mengikuti cadangan persempadangan SPR malah berhak mencadangkan cadangan kepada suruhanjaya.
Abdul Rashid berkata Selangor sepatutnya sudah mencadangkan perkara itu kepada SPR, terutamanya sekarang apabila penambahan kerusi DUN boleh dilakukan bila-bila masa.
“Dari segi prinsipnya, Selangor perlu tambah lagi DUN. Kini terlampau banyak pengundi, kerusi DUN tidak seharusnya lebih daripada 40,000 atau 50,000 pengundi,” katanya.
Jelasnya, sehingga hari ini, tidak ada mana-mana lagi kerajaan negeri di Malaysia Barat yang mencadangkan penambahan kerusi kepada SPR.
“Yang ada hanyalah Sabah dan Sarawak,” katanya yang pernah terlibat dalam 3 proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Sementara itu, Abdul Rashid berkata beliau tidak pernah menerima arahan daripada perdana menteri untuk menipu dalam proses persempadanan semula, dan tidak akan melayan permintaan seperti itu.
“Perdana menteri pada waktu itu adalah Dr Mahathir, dia tidak pernah beritahu saya supaya tipu.
“Ini adalah prinsip dia. Dia berdiri dengan prinsip itu sampai sekarang, dia ikut peraturan,” katanya, yang juga naib presiden PPBM.

No comments:

Post a Comment