Pages

Friday, 5 January 2018

[Video Muhyiddin Yassin: Ini Masa Untuk Rakyat Malaysia Bersatu Hati & Rakyat Makin Ditekan Sampai Tanah FELDA RM270 Juta Hilang] RAKYAT MALAYSIA MASIH MISKIN, Kerajaan Perlu Buka Mata.

Sabtu, 6 Januari 2018


Image result for Gambar Tanah felda tergadai
Zaman Najib jual tanah tak dapat duit.Nanti DAP juga yang kena.Tanah Felda RM270 juta dijual ,habuk pun tiada. Buat kata Najib,haram jadah dan kepala bapak kau.

RAKYAT MALAYSIA MASIH MISKIN, KERAJAAN PERLU BUKA MATA
Saya ambil maklum kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak bahawa nilai kemiskinan negara berada hanya pada 3.8 peratus berbanding Vietnam dan Indonesia (11.3 peratus), Thailand (12.6 peratus) , Laos (22 peratus), Filipina (25.2 peratus) dan Myanmar (32.7 peratus).
Beliau merujuk CIA World Factbook 2017 yang melaporkan kadar kemiskinan di Malaysia adalah yang paling rendah berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Bagi saya, walaupun jumlah peratusan adalah dilihat rendah berbanding dari negara Asia yang lain tetapi masalah kemiskinan di Malaysia masih ditahap yang membimbangkan dan serius.
Realitinya, kita dapat lihat rakyat Malaysia semakin miskin apabila berlaku kes jenayah kecurian demi untuk mengisi perut.
Majoriti rakyat Malaysia masih dalam lingkungan berpendapatan rendah dan ia dapat dibuktikan dengan permohonan BR1M 2017 iaitu sebanyak 6,320,769 orang pemohon.
Peratusan itu tidak menggambarkan jumlah rakyat Malaysia yang masih hidup dalam kemiskinan. Selama lebih 60 tahun kerajaan Umno BN memerintah, ekonomi rakyat semakin teruk, yang miskin semakin miskin.
Sebagai contoh di Sabah dan Sarawak, rakyat di negeri itu masih tidak mendapat bekalan air yang bersih, tiada bekalan elektrik, jalanraya masih belum baik, pembangunan apatalh lagi, masih juga tiada.
Jadi, Salleh Keruak tidak perlu bangga dengan peratusan yang diumumkan itu, turun padang lihat kepayahan rakyat. Penduduk di Kuala Lumpur, masih diaktegorikan sebagai miskin bandar, tidak mampu untuk menyara kos hidup yang tinggi, gaji juga masih ditakuk lama.
Sekadar memberi kenyataan merapu seperti ini, lebih baik menteri-menteri Umno dan kerajaan mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini kerana masalah yang berlaku pun berpunca dari kerajaan.
Masalah utama rakyat Malaysia adalah mereka masih tidak dapat mengukuhkan ekonomi mereka kerana kos sara hidup yang tinggi dan tekanan pelbagai cukai seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), peningkatan harga tol dan kadar gaji yang rendah.
Pemimpin utama Umno sibuk mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat yang jauh lebih baik, ekonomi rakyat dibiarkan. Lihat sahaja siswazah-siswazah yang masih terkapai-kapai mencari pekerjaan.
Cuba Salleh buka mata dan kira berapa ramai peniaga-peniaga yang tutup kedai sebab lingkup dengan sistem GST yang membebankan mereka, macam-mana rakyat nak kaya, belum kaya dah kena kikis dengan kerajaan zalim ini.
Jika benar, apa yang diperkatakan Salleh bahawa kerajaan ingin menjadikan negara ini sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, buktikan dari sekarang komitment kerajaan terhadap rakyat.
Saya cabar Salleh dan seluruh kerajaan Umno BN laksanakan tanggungjawab mereka, selesaikan masalah utama rakyat, seperti gaji minima di Malaysia perlu dilaksanakan dari sekarang.
Kita ingin lihat betul-betul tahun 2018 bakal menjanjikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat seperti yang dikatakan Salleh. Kita lihat suku pertama tahun depan, perubahan yang akan dilakukan kerajaan.
Jika keadaan masih sama, saya rasa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menumbangkan Umno BN dalalm Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.Pakatan Harapan sudah bersedia diberikan mandat oleh rakyat untuk melakukan perubahan dan membentuk sebuah kerajaan baru.
NURIN AINA ABDULLAH
Ketua Wanita KEADILAN Kedah
Ketua Wanita Pakatan Harapan Kedah

No comments:

Post a Comment