Projek ECRL - RM30 bilion jadi RM55bilion, semuanya hutangggg..!
Rakyat Kelantan mahukan pentadbiran berbeza dari Pas, kata Zaid.
Rakyat Kelantan di bawah pemerintahan Pas selama 25 tahun dibayangkan akan bersedia untuk menukar kepimpinan di negeri itu walaupun secara senyap, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Ahli DAP seumur hidup ini berkata, beliau percaya perkara itu akan berlaku kali ini ketika pilihan raya umum ke-14.
“Apa yang akan dilakukan rakyat Kelantan pada tahun 2018?
“Saya percaya mereka juga akan mengubah pemimpin mereka, walaupun dengan cara yang lebih senyap.
“Saya tidak pasti sama ada Umno atau AMANAH yang akan dapat memenangi hati mereka, tetapi Pas kini seperti ‘mayat hidup’ dan begitulah yang berlaku ,” ujarnya dalam tulisan diblognya hari ini.
Beliau berkata selama lima penggal Pas memerintah Kelantan telah berjaya membentuk sebuah pentadbiran yang hampir menepati ciri-ciri pentadbiran Islam yang ditadbir oleh sekumpulan ulama.
“Kota Bharu kini merupakan bandar Islam dan kehidupan di bandar Islam adalah bebas dari sebarang dosa.
“Di sini tidak ada kecurian, tidak ada kegiatan seksual yang tidak sah, tidak ada muzik, tidak ada pegang-pegangan tangan dan tiada imej wanita mendedahkan aurat mereka termasuklah di papan iklan- hanya wanita bertudung.
“Peniaga semua jujur antara satu sama lain dan dengan pelanggan mereka.
“Pelajar pula tidak terlibat dalam seksual haram, mengambil dadah atau minum ketum secara rutin. Tiada kelihatan orang Kelantan menyeberangi sungai Golok untuk keseronokan,” ujarnya.
Zaid,67, yang berasal dari Bachok berkata, keseronokan tinggal di Kelantan itu ujarnya lagi, tidak ubah seperti ketika di zaman kecil beliau.
“Seperti dulu pada zaman kanak-kanak saya, dan mereka semua gembira menjalani kehidupan yang bersih di bandar Islam.
“Semua pemimpin di Kelantan jujur dan tidak menerima rasuah atau “komisen” dana urusan mereka, termasuk penjualan tanah dan konsesi balak, telus.
“Dalam erti kata lain, rakyat telah melihat sebuah kehidupan di bawah kerajaan Islam di Kelantan.” ujarnya lagi.
Bagaimanapun Zaid berkata, sudah tiba masanya rakyat Kelantan mahukan perubahan pemerintahan.Rakyat Kelantan mahukan perubahan itu berbeza daripada pentadbiran Islam yang ditonjolkan Pas di Kelantan.
“Walaupun hampir sempurna kerajaan ia masih tidak dapat memberi mereka pekerjaan. Ia juga tidak dapat menyediakan mereka perumahan seperti dijanjikan selepas banjir besar pada 2014 dan kerajaan negeri tidak dapat memastikan bekalan air bersih.
“Sebaliknya, apa yang rakyat perlukan di Kelantan adalah kerajaan yang akan membawa masuk pelabur, yang akan membawa kepada lebih banyak peluang pekerjaan.
“Mereka memerlukan kerajaan yang akan menyelesaikan masalah air dan saliran mereka. Mereka memerlukan kerajaan yang akan mencari cara untuk mereka mendapatkan manfaat untuk diri sendiri.
” Menyingkirkan Pas tidak bermakna rakyat menentang kerajaan Islam, mereka hanya memerlukan sesuatu yang berbeza,” ujarnya.
Malaysia Dateline
No comments:
Post a Comment