Pages

Saturday, 17 February 2018

[Video Himpunan Warga FELDA Bukit Tembaga bersama PH & Projek Buang Najib] Adakah Malaysia telah menjalinkan hubungan sulit dengan Israel? UNTUNG PENGUNDI LANGKAWI, baru ura-ura Tun M bertanding di Langkawi dapat RM1.3 bilion! "Hebat kan Tun Dr Mahathir!"

Ahad, 18 Februari 2018


Hubungan sulit Israel dan kerajaan Malaysia?
Nampaknya depa tak kan jawab sapa yg benarkan David Roet masuk Malaysia.

Adakah Malaysia telah menjalinkan hubungan sulit dengan Israel? Apa jua yang sebenarnya, kita minta kerajaan hentikan sandiwara lakonan anti-Israel di khalayak ramai tetapi berbaik-baik secara sulit. 

Najib Razak lambat membuat kenyataan mengecam tindakan Amerika memindah kedutaannya ke Baitul Maqdis dan Malaysia kelihatan tidak bersungguh-sungguh mengutuk perbuatan tersebut.

Tindakan membenarkan pegawai tertinggi lsrael memasuki Malaysia dan juga pegawai kita bertemu dengan pegawai Israel di Malaysia seperti dilaporkan dengan bangga oleh akhbar Israel adalah suatu pengkhianatan besar kepada rakyat Palestin dan juga Malaysia. 

Datuk Seri Najib perlu menjawab secara rasmi dan berterus-terang tentang isu ini segera! 
Tumpang sekole. 

UNTUNG PENGUNDI LANGKAWI...APA KATA TUN M UMUM KAWASAN LAIN PULA UNTUK DITANDINGINYA?


Sah UMNO dan BN kini sudah semakin "goyang" di Langkawi!

Berikutan ura-ura Tun Mahathir Mohamad mungkin bertanding di Langkawi, Najib Razak semalam mengumumkan peruntukan pembangunan berjumlah RM1.3 bilion untuk pulau itu.

Projek yang diumumkan ialah pembinaan bangunan tambahan Hospital Langkawi bernilai RM500 juta, kuarters baharu petugas kesihatan (RM135 juta), balai bomba dan kuarters baharu di Padang Matsirat (RM30 juta), menaik taraf Jalan Bulatan Lapangan Terbang- Pulapol Langkawi (RM50 juta) dan projek mengatasi masalah bekalan air (RM600 juta).

Ini baru ura-ura Tun Mahathir mahu bertanding di Langkawi kerana beliau juga ada beberapa kawasan lain sebagai pilihan seperti Kubang Pasu, Putrajaya dan lain-lain, tetapi nampaknya sudah berbilion-bilion ringgit dicurahkan.

Bagaimana jika sudah sah beliau bertanding nanti, berapa bilion lagi agaknya akan dicurahkan oleh Najib?
Untung pengundi Langkawi, jika dulu sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir sudah membangunkan Langkawi, kini belum pun jadi wakil rakyat bagi pulau itu, beliau sudah pun mampu mendatangkan banyak pembangunan yang banyak banyak penduduknya.

Hebat kan Tun Mahathir!!

Tetapi, adilkah hanya Langkawi saja yang dicurahkan peruntukan pembangunan yang melimpah ruah oleh Najib?

Bagaimana dengan kawasan-kawasan lain?

Adakah kawasan lain BN boleh menang dengan selesa atau tidak penting bagi Najib?

Atau bolehkah selepas ini Tun Mahathir mengumumkan kawasan lain pula untuk ditandinginya supaya Najib turut  mencurahkan juga beberapa bilion ringgit untuk pembangunan  kawasan itu? (ShahbudinHusin 18/02/2018)

No comments:

Post a Comment