Pages

Thursday 8 February 2018

[Video Mahathir vs Najib. Siapa Lagi Pandai? Top 5 Janji Tidak Ditepati Najib & Kerajaan!] Suara Kj sekadar hangat² tahi ayam tentang Jho Low & Pas tiru idea ‘kerajaan DAP’ P. Pinang melucukan.

Jumaat, 9 Februari 2018


Tun the Best in the world.. Asal Tun org sush.. fhm jiwa rakyat..,


Lepas PRU nanti, nak tengok najib pula yg jual nasi lemak..

Related image
Image result for Gambar mahathir dan najib
Related image
Image result for Gambar mahathir dan najib

Suara Kj sekadar hangat² tahi ayam tentang Jho Low

Pemimpin umno wajar menghentikan tuduhan tidak berasas kepada DAP sebagai anti Melayu anti Islam dengan motif krisis dan kecurigaan kaum.

Jika ada bukti perlulah membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk bertindak.

Cukuplah jho lo memperbodohkan pemimpin melayu umno dalam skandal 1mdb seperti yang disebut oleh pihak berkuasa dunia seperti di Singapura, Amerika dan Swiss.

Jangan benarkan lagi mana² jho lo bertindak yang sama. Ayuh orang Melayu, berdiri teguh di belakang Tun daripada gejala ini apabila pemimpin² melayu umno sudah tidak mampu mempertahankan korupsi dan penyelewengan di depan mata.

Posted by 

Tiru idea ‘kerajaan DAP’ P. Pinang melucukan kata Ustaz Wan Ji kepada PAS

Di sebalik serangan PAS terhadap kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang, parti itu tidak pula teragak-agak meniru dasar yang telah dilaksanakan di negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng tersebut.
PAS Pahang dalam manifestonya menawarkan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada pelajar yang berjaya menerima tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
Namun, tindakan PAS ‘meniru’ dasar berkebajikan Pulau Pinang itu agak melucukan kata pegawai penerangan Pejabat Ketua Menteri, Ustaz Wan Ji bin Wan Hussin.
Beliau merujuk kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang, Dr Wan Maseri Wan Mohd yang dilapor Sinar Harian yang berkata, bantuan itu akan dilaksanakan sekiranya PAS berjaya memerintah negeri tersebut.
Kata Wan Ji, PAS Pahang sewajarnya perlu mendesak agar pemberian RM1,000 kepada pelajar yang ditawarkan masuk universiti ini dilaksanakan di bawah pentadbiran PAS di Kelantan terlebih dahulu.

“Ia perlu diutamakan supaya tawaran mereka di peringkat manifesto tidak diketawakan oleh pengundi mereka di Pahang nanti.
“Apa yang pasti, di peringkat kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang, pemberian bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada yang mendapat tawaran masuk ke Universiti; manakala RM1,200 kepada yang melanjutkan pengajian tinggi di Sabah dan Sarawak sudah dilaksanakan,” katanya lagi. 

No comments:

Post a Comment