Pages

Thursday 8 February 2018

[Video Anwar pertahan Dr M & Mahathir Bertekad Selamatkan Malaysia daripada Najib Razak] Adakah Bank Negara beli tanah RM2 bilion untuk selamatkan 1MDB?

Jumaat, 9 Februari 2018


Image result for Gambar Pakatan Harapan

Calon Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) akan menghantar mesej jelas kepada rakyat.

Adakah Bank Negara beli tanah RM2 bilion untuk selamatkan 1MDB?

 Adakah Bank Negara beli tanah RM2 bilion untuk selamatkan 1MDB?
BNM mengesahkan pembelian tanah bernilai RM2 bilion itu pada 4 Januari untuk memindahkan Universiti Kewangan Islam Global dan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dan Kewangan Islam ke situ. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Februari, 2018.

PEMEROLEHAN Bank Negara Malaysia (BNM) atas plot tanah seluas 22.6 hektar bernilai RM2 bilion mungkin bertujuan sebagai "bailout" untuk 1MDB, kata Straits Times.
Akhbar harian Singapura itu berkata RM2 bilion untuk harga sebidang tanahutama bersebelahan kompleks Sasana Kijang itu mencetuskan dakwaan pembangkang bahawa kerajaan menggunakan dana BNM untuk menyelamatkan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad yang bermasalah itu.
BNM mengesahkan pembelian itu pada 4 Januari, dan berkata ia akan memindahkan Universiti Kewangan Islam Global dan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dan Kewangan Islam ke tapak baharu itu. 
Gabenor BNM Muhammad Ibrahim memberitahu The Edge Financial Daily pada Isnin bahawa “bukan kerajaan yang mahu menjual tanah itu kepada kami. Kami sebenarnya minta kerajaan menjualnya beberapa bulan lalu”.
Tahun lalu, 1MDB menyelesaikan bahagian terakhir hutang AS$1.2 bilion (RM4.9 bilion) kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) sebelum tarikh akhir 31 Disember.
1MDB membuat bayaran akhir AS$630 kepada IPIC pada 21 Disember, lapor The Malaysian Insight.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang juga pengkritik tegar 1MDB memberitahu Straits Times “rakyat Malaysia tidak boleh dipersalahkan kerana percaya BNM sendiri membenarkan dirinya diserbu dengan pembelian keterlaluan tanah 23 hektar untuk selamatkan 1MDB”.
Pua turut mempersoalkan kenapa bank itu membayar kadar komersial – hampir RM823 sekaki persegi – untuk sebidang tanah yang akan digunakan untuk hab pendidikan, kerana kerajaan biasanya menjual tanah pada fi nominal kepada institusi pendidikan awam.
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad turut mempertikaikan urus niaga itu, berkata “Saya jadi perdana menteri selama 22 tahun tetapi tidak pernah tahu Bank Negara boleh belanjakan sebanyak itu untuk beli tanah”.
"Ketika saya perdana menteri, Bank Negara beberapa kali berkembang secara fizikal. Tetapi tiada siapa dengar tentang harga yang dibayar untuk tanah itu," kata Dr Mahathir dalam blognya mengulas pembelian itu. – 9 Februari, 2018.
Baca berita penuh di sini.
 The Malaysian Insight

No comments:

Post a Comment