Anak Vincent Tan dan Nasimuddin selamat diijab kabul
Pewaris empayar perniagaan terbesar di negara ini, SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan hari ini selamat diijab kabul sekali gus menamatkan teka-teki kisah percintaan mereka yang tular di media sosial sejak tahun lepas.
Faliq merupakan anak keempat kepada pengasas Naza Group, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin manakala Chryseis pula anak sulung kepada Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun yang merupakan pengasas Berjaya Group, selamat disatukan dalam sebuah majlis tertutup di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.
Pasangan sepadan yang dikatakan mula berkawan ketika belajar di sebuah sekolah antarabangsa itu dilaporkan bertunang pada 2 Julai lepas apabila jejaka berusia 33 tahun itu melamar Chryseis, 30, ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh.
malaysiakini.AHHHH....TAKKAN AWAL2 LAGI NAJIB SUDAH MENGAKU KALAH?
Kempen PRU 14 akan datang dilaporkan tidak lagi akan menonjolkan wajah Najib Razak secara berlebihan sebagaimana yang dilakukan pada pilihanraya 2013 yang lalu.
Tindakan tersebut dikatakan diambil kerana disedari wajah "Panglima Bugis" itu bukan saja jenama pemasaran yang boleh dijual dan digemari rakyat ketika ini.
Najib digambarkan sebagai jenama yang sudah rosak dan tidak lagi digemari pengguna.
Ia berikutan pilihanraya 2013 lalu di mana kempen ala Presiden Amerika yang dilakukan bukan saja menyaksikan keputusan lebih buruk berbanding 2008 dan BN hilang undi popular, malah tahap sokongan rakyat terhadap Najib ketika ini berada dalam kedudukan paling rendah iaitu hanya tinggal antara 20 hingga 40 peratus.
Lantaran itu, demi memastikan BN tidak kecundang lebih awal dalam pilihanraya akan datang, wajah Najib akan dikurangkan penampilannya, bahkan tiada lagi slogan "Saya Sayang PM", "I Love PM" atau yang seumpamanya.
Apa sebenarnya perasaan Najib dengan perkembangan terbaru ini?
Sejujurnya Najib wajib berasa sedih, kalau pun tidak harus "menghantuk kepalanya ke dinding" dengan perkembangan terbaru yang berlaku ini.
Ia secara jelas menunjukkan Najib sudah kalah lebih awal dalam pertarungannya untuk memenangi PRU 14 akan datang.
Seharusnya wajah beliau dan logo BN mesti "sama naik" untuk kempen pilihanraya kerana kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO.
Dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini, tidak pernah ada usaha mengenepikan wajah Perdana Menteri dan Pengerusi BN sebagaimana yang dilakukan kali ini.
Di mana maruah Najib jika tiada wajahnya terpapar sepanjang kempen pilihanraya?
Lagi pula, memilih BN adalah sama dengan memilih kekalnya lagi Najib sebagai Perdana Menteri.
Maka, kenapa perlu diselindungkan wajah beliau, walau biar bagaimana rosak sekali pun jenama yang ada?
Kalau sudah disedari wajah Najib adalah jenama yang sudah rosak dan tidak lagi digemari, untuk apa beliau terus dipertaruhkan lagi?
Jika tiada wajah Najib yang ditonjolkan, wajah siapakah yang akan dipamerkan nanti untuk bersaing dengan wajah bakal Perdana Menteri harapan rakyat Malaysia, Tun Mahathir Mohamad?
Adakah wajah Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein akan lebih memeriahkan suasana kempen dan akan mewakili BN?
Jika BN kalah atau menang nanti, wajah siapa pula yang mahu dipersalahkan atau diraikan?
Tidakkah dengan awal-awal cuba melindungi wajah Najib daripada paparan kempen, ia dengan sendirinya menunjukkan BN sedar mereka tidak mampu menandingi Tun Mahathir yang mewakili Pakatan Harapan?
Jika begitu, bukankah lebih baik Najib mengaku kalah saja? (ShahbudinHusin 02/02/2018)
No comments:
Post a Comment