Tumpang sekole.
RoS patut isytihar Umno haram 19 April, kata peguam Dr Mahathir
Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata RoS kini dicabar untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap Umno, berhubung pemilihan parti yang diadakan kali terakhir pada 2013. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Mac, 2018.
JIKA Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengguna pakai standard yang sama terhadap Umno seperti dilakukannya kepada Bersatu, parti komponen paling dominan dalam Barisan Nasional (BN) itu sepatutnya diisytiharkan sebagai parti haram menjelang 19 April, kata peguam Dr Mahathir Mohamad.
Haniff Khatri Abdulla berkata RoS sepatutnya menggunakan penguatkuasaan yang saksama terhadap semua parti politik untuk mengadakan mesyuarat mengikut masa ditetapkan, seperti disyaratkan oleh perlembagaan mereka.
"Sepatutnya, Najib Razak tidak boleh mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong selepas 19 April," katanya kepada The Malaysian Insight.
Haniff mengulas kenyataan oleh Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa bahawa pemilihan parti itu akan hanya diadakan sehingga 19 April tahun depan.
Tengku Adnan berkata RoS meluluskan permohonan parti itu untuk menangguhkan pemilihan parti itu selewat-lewatnya pada 19 April, 2019.
Bagaimanapun, Haniff berkata tarikh akhir untuk pemilihan peringkat bahagian dan majlis tertinggi Umno ialah 19 April tahun ini kerana kali terakhir Umno mengadakan pemilihan ialah 19 Oktober, 2013.
Mengikut perlembagaan Umno, ditetapkan di bawah Klausa 9.3, majlis tertinggi disyaratkan mengadakan pemilihannya dalam tempoh tiga tahun, atau sebelum 19 Oktober, 2016.
Lanjutan berikutnya 18 bulan dibenarkan di bawah Klausa 10.16 perlembagaan parti itu.
Menjelang 19 April tahun ini, jumlahnya ialah 54 bulan sejak Umno mengadakan pemilihan terakhirnya, had mutlak yang dibenarkan oleh perlembagaan parti itu.
"Sepatutnya bahagian Umno dan majlis tertinggi akan menyalahi undang-undang di bawah perlembagaan mereka, seperti dinyatakan di bawah Klausa 10.16,” kata Haniff.
"Najib Razak sepatutnya secara automatik berhenti jadi presiden Umno dan perdana menteri selepas 19 April tahun ini.
"RoS kini dicabar untuk mengambil tindakan sewajarnya.
"Adakah mereka akan menggunakan piawaian yang ketat terhadap Umno seperti yang dilakukan terhadap Bersatu, walaupun Bersatu mematuhi perlembagaannya?," katanya.
RoS berkata ada perkara yang tidak kena sebagai alasannya untuk terus menyiasat Bersatu.
Pengarah RoS Surayati Ibrahim sebelum ini berkata siasatan dibuat berkenaan dakwaan mesyuarat agung tahunan Bersatu pada 30 Disember tidak sah dan melanggar perlembagaan parti. – 1 Mac, 2018.
Baca berita penuh di sini.
TMI.
No comments:
Post a Comment