Pages

Thursday, 1 March 2018

[Video Mat Sabu di Pekan Chini 2] HENTIKAN AMALAN RASUAH! Bayang Azeez muncul di hujung Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

Khamis, 1 Mac 2018

Foto Rafizi Ramli.

Mengapa fenomena rasuah ini terjadi? Punca utama berlakunya gejala rasuah ini ialah kerana terlalu mengejar material. Hal ini bukan bermaksud harta tidak perlu dicari tetapi perlu adil antara pencarian harta dunia dan akhirat.
Bayang Azeez muncul di hujung terowong... 
Related image
Seakan cahaya di hujung terowong, begitulah kiranya reaksi kita apabila nama Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim muncul secara tiba-tiba di tengah siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang sedang dalam fasa kajian. 

Semalam, kontraktor projek terowong terbabit Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd dilaporkan telah mengeluarkan surat tuntutan kepada Azeez dan seorang lagi, ekoran kegagalan menjalankan khidmat rundingan pengurusan risiko dan pematuhan peraturan bagi pembinaan terowong sepanjang 7.2km terbabit. 

Azeez dan ahli perniagaan tersebut dituntut membayar RM3 juta dan RM19 juta masing-masing. 

Menurut laporan Malaysiakini, surat tuntutan tersebut telah dikeluarkan terhadap kedua-dua individu  pada 24 Februari. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini masih menjalankan siasatan besar-besaran terhadap projek terowong yang menghubungkan pulau tersebut dengan Seberang Perai. 

SPRM turut telah menyiasat menyoal 70 individu termasuk menahan dua pegawai eksekutif Zenith bagi membantu siasatan; selain Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan Exco Kerajaan Negeri, Lim Hock Seng. 

Namun kini apabila nama Azeez muncul dalam radar siasatan SPRM, pemimpin Barisan Nasional negeri termasuk Pengerusi BN Negeri, Teng Chang Yeow dan Adun Pulau Betong, Farid Saad, dilaporkan enggan mengulas perkara terbabit. 

Dalam reaksi terhadap isu terbabit, Azeez mendakwa bahawa beliau langsung tidak pernah menerima bayaran tersebut, malah tidak pernah bertemu dengan CEO Zenith, Datuk Zarul Ahmad Zulkifli. 
KENAPA SPRM TAK TAHAN AZEEZ, SOAL GUAN ENG

Tumpang sekole.


No comments:

Post a Comment