Pirates of bali sea..
Diplomat Australia kunjungi Pakatan Harapan Johor
Keinginan Pesuruhjaya Tinggi Australia untuk bertemu dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) Johor telah terlaksana pada Selasa lalu.
Barisan pimpinan PH Johor yang diwakili oleh Dzulkefly Ahmad(AMANAH), Datuk Osman Sapian(PPBM),Jimmy Pua(PKR) dan Wong Shu Qi(DAP) telah dikunjungi Pesuruhjaya Tinggi Australia, Andrew Goldezinowski dan Damian Hickey di Amari Hotel Johor.
Menurut Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, Dzulkefly Ahmad, pertemuan itu banyak membincangkan soal dasar yang akan dibawa oleh PH sekiranya berjaya menawan Johor.
“Perbincangan banyak berkisar soal isu-isu semasa dan turut terbabit adalah berkenaan dengan skandal rasuah yang melanda Kerajaan Negeri Johor hari ini.
“Kelemahan yang berlaku dalam pentadbiran negeri Johor juga turut dikaitkan seperti isu RMMJ, laluan keluar masuk Singapura, pembangunan Iskandar Malaysia, Forest City dan beberapa lagi pembangunan yang berlaku di negeri ini.
“Cadangan dari PH Johor turut dilontarkan sebagai suatu permakluman kepada wakil Australia itu,” kata Dzulkefly ketika ditemui.
Turut hadir Speaker AMANAH Nasional Onn Jaafar dan Naib Pengerusi AMANAH Johor.
MD.
No comments:
Post a Comment