Pages

Monday, 12 March 2018

[Video Mat Sabu: Tiba Masa Untuk Pakatan Harapan Mentadbir Negara] Najib MEMANG PARAH...Sampai ke Parlimen dia menyebar BERITA PALSU.

Selasa, 13 mac 2018

Adakah krisis air Selangor lebih BESAR dari kes 1mdb yang HARUM semerbak seantero dunia? Orang MUNAFIK macam inilah gaya dia bercerita, kesalahan orang, dia nampak tapi kesalahan sendiri SAMAPIkan diOSAkan lapuran audit negara bagi menutup kesalahannya!! - Mohd Yatim Daim  

Krisis air selangor paling kuat seminggu je rakyat selangor derita. Hutang 1MDB bergenerasi rakyat 1Malaysia kena tanggung hutangnya. - Khairul Helmi Hashim  

DOJ tak tau masalah air Selangor. Singapore tak tau masalah air Selangor. Swiss tak tau masalah air Selangor. Indonesia tak tau masalah air Selangor. Australia tak tau masalah air Selangor. Tapi satu dunia tahu masalah 1MDB. - Ibdun Abid 


MEMANG PARAH...SAMPAI KE PARLIMEN NAJIB MENYEBAR BERITA PALSU

Apabila Najib Razak menyatakan masalah air yang berlaku di Selangor adalah lebih teruk berbanding hutang 1MDB, ia nyata sekali satu berita palsu yang terang lagi sahih.

Bagaimanakah seorang Perdana Menteri boleh berkata demikian sedangkan masalah air hanya berlaku untuk beberapa hari, itu pun kerana proses mekanikal, manakala krisis hutang 1MDB masih berlarutan sehingga kini?

Lebih daripada itu, selain seluruh negara menanggung sengsara, penyiasatan antarabangsa melibatkan sekurang-kurangnya 8 negara juga telah dilakukan akibat hutang 1MDB yang memang disengajakan itu.
Adakah masalah air di Selangor menyebabkan ada kertas siasatan dibuka?

Jadi, di mana asasnya perbandingan yang dibuat oleh Najib itu?

Dengan itu, membandingkan masalah air di Selangor dengan krisis hutang 1MDB, bukan saja bertujuan mengalihkan perhatian, tetapi juga suatu tindakan menyebarkan berita palsu secara terang-terangan kepada rakyat.

Memburukkan lagi imej kerajaan ialah kerana perbuatan menyebar berita palsu itu dilakukan oleh seorang Perdana Menteri dan di ketika gembar-gembur undang-undang mengekang berita palsu mahu diperkenalkan.

Bagaimanakah undang-undang itu boleh menjadi efektif jika Perdana Menteri sendiri menunjukkan teladan suka menyebarkan berita palsu?
Yang lebih parah ialah perbuatan Perdana Menteri menyebar berita palsu itu dilakukan di dalam Parlimen, suatu tempat mulia yang seharusnya perkara-perkara benar, sahih dan fakta saja diungkapkan di dalamnya.

Kita mungkin tidak hairan jika penyebaran berita-berita palsu dilakukan dalam ucapan politik, melalui media arus perdana, televisyen atau portal berbayar yang dikaitkan dengan Najib, tetapi melakukannya di dalam Parlimen adalah suatu perbuatan yang jelas tidak bermoral.

Tidakkah Najib secara sengaja telah mencemar nama baik Parlimen?

Ataukah semua ini menunjukkan tanda-tanda bahawa undang-undang berita  palsu tersebut hanya disasarkan kepada parti lawan saja, manakala pihak pemerintah akan lebih bebas menyebarkan kepalsuan menjelang PRU 14 akan datang? (ShahbudinHusin 12/03/2018)

No comments:

Post a Comment