Pages

Monday, 12 March 2018

[Video Umno Dah Meraban, Buntu & Risau Undi Melayu Beralih Kepada PPBM] Invoke-SEMENANJUNG PH 89 KERUSI PARLIMEN, BN 76...Pas 0? Rakyat lebih menderita, JIKA Najib KEKAL! GST dinaikkan, subsidi dihapuskan, harga minyak tak stabil, skandal rasuah, dan kroni bermaharalela! Hutang Negara MENIMBUN.

Selasa, 13 Mac 2018


Hasil carian imej untuk Gambar BN dan Kronisma

SEMENANJUNG: PH 89 KERUSI PARLIMEN, BN 76 – INVOKE


Semenanjung: PH 89 kerusi parlimen, BN 76 - Invoke
Kedah, Perak dan Johor dijangka akan ditawan Pakatan Harapan (PH) selain terus mengekalkan Selangor dan Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 berikutan tsunami Melayu, kata badan pemikir Invoke berdasarkan kajian.
Dijangka Dewan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan akan tergantung, kata Pengarah Invoke Rafizi Ramli ketika membentangkan kajian di forum “GE14 Prediction Forum: What The Big Data Tells Us?” Kuala Lumpur malam tadi.
Barisan Nasional (BN) pula akan menang bersih di Terengganu dan Kelantan selain mengekalkan kuasa di Pahang.
Manakala Pas tidak akan menang sebarang kerusi persekutuan.
Menurut kaji selidik berasingan terhadap 2,000 responden mendapati sokongan Melayu terhadap BN menurun kepada 28.5% bulan lalu berbanding 41% pada Disember tahun lepas.
Sokongan Melayu terhadap PH naik kepada 14.1% berbanding 9.9% dalam tempoh sama.
Dalam pada itu, jumlah pengundi atas pagar meningkat dari 11.9% kepada 17%.
Jumlah pengundi yang mengelak menjawab parti mana yang akan mereka undi pula kekal pada 22%.
Rafizi mendakwa yang penurunan sokongan pengundi Melayu dengan kadar 6% setiap bulan antara Disember dan Februari itu, hanya pernah berlaku menjelang pilihan raya umum 1999 ketika Pas menawan dua negeri.
“Ini menunjukkan gelombang Melayu (terhadap PH),” katanya seperti dilaporkan Malaysiainsider hari ini.
Di Semenanjung Malaysia, PH dijangka memenangi 89 kerusi Parlimen berbanding BN iaitu 76.
Kaji selidik itu juga menjangka kemenangan besar buat BN di Terengganu, Kelantan dan Perlis. PH pula dijangka menang 15 kerusi Dun Pahang berbanding BN iaitu 27.
“Efek Pas sudah mula nampak di sini. Di negeri pantai timur, efek Pas besar (dalam pertandingan pelbagai tiga penjuru),” kata Rafizi.
Tambahnya, Dewan Undangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan mungkin akan tergantung.
PH dijangka mengekal kuasa di Pulau Pinang dan Selangor. Di Selangor, PH dijangkakan menang 50 kerusi Dun berbanding enam untuk BN.
PH juga diramalkan menang di Johor dengan majoriti dua kerusi Dun, selain di Perak dengan majoriti 5 kerusi Dun.
Kedah turut diramal berada di bawah kekuasaan PH dengan majoriti lapan kerusi Dun.
Bagaimanapun, Sabah dan Sarawak tidak termasuk dalam kaji selidik Invoke ini memandangkan usaha untuk mendapatkan data agak sukar kerana terpecah dalam banyak kumpulan etnik, kata Rafizi.
MD.
Hasil carian imej untuk Gambar BN dan Kronisma
KEMENANGAN BN YANG HARUS RAKYAT BAYAR DAN TANGGUNG UNTUK 5 TAHUN AKAN DATANG!

RAKYAT LEBIH MENDERITA JIKA NAJIB KEKAL BERKUASA

Ke mana-mana saja Najib Razak pergi sekarang ini, beliau terlihat begitu baik hati dan pemurah. Ada saja projek baru, peruntukan baru, sumbangan baru dan dedak baru yang akan dihulurnya.

Ternampak beliau begitu mudah  meluluskan peruntukan pembangunan berbilion-bilion di kawasan pilihan, tambahan bangunan hospital,  turapan jalanraya, kemudahan lampu isyarat dan macam-macam lagi.

Tidak cukup dengan itu, elaun anggota Rela juga dinaikkan secara tiba-tiba. Imam dan bilal masjid turut diminta beratur menerima kupon yang boleh ditukar dengan wang tunai dengan segera.

Di tempat beliau melakukan lawatan pula, selalunya ada saja pesta jualan murah seperti ayam, keperluan harian dan sebagainya diadakan sama.

Sebagai tambahan lagi, Najib secara spontan akan memberikan sedekah ayam, sebagaimana dilakukannya di Terengganu baru-baru ini, kepada beberapa pengunjung untuk menunjukkan baiknya hati beliau sebagai seorang pemimpin.

Adakah Najib benar-benar pemimpin yang baik yang perlu rakyat kekalkan lagi kuasa pemerintahannya?

Apabila hutang bertambah, wang untuk perbelanjaan semasa akan berkurangan. Tidak saja projek-projek pembangunan untuk kemudahan rakyat akan tergendala, bahkan bajet untuk mengurus pentadbiran kerajaan pun tidak mustahil akan berdepan masalah.

Oleh itu, mengekalkan lagi Najib terus memberi risiko kadar GST akan dinaikkan, lebih banyak subsidi akan dihapuskan dan harga minyak terus tidak stabil, selain rasuah dalam pentadbiran kerajaan serta skandal dan kemewahan dalam keluarga atau kroni Perdana Menteri menjadi sesuatu yang tidak berpenghujung. (ShahbudinHusin 12/03/2018)

No comments:

Post a Comment