Pages

Sunday, 6 May 2018

[Video Mat Sabu~ Ucapan Di Hadapan Ribuan Rakyat Jelajah Pakatan Taman Keramat & Setuju Dr M jadi PM? Terserah pada rakyat - Rais] Ayuh...bangunlah semua bekas-bekas menteri yang ada - bersama kita dengan rakyat jelata untuk selamatkan negara Malaysia.

Isnin, 7 Mei 2018


Foto Parti Amanah Negara.
GELOMBANG RAKYAT DI HULU KLANG SEBENTAR TADI.
SEbarkannn!.
Sumbangkan RM15 atau lebih untuk bantuk kempen Pakatan Harapan di amanah.org.my/dana hari ini.
Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

SELEPAS SYED HAMID TURUT BERSUARA, BEKAS2 MENTERI LAIN JUGA PERLU BERANI TAMPIL SECARA TERBUKA


Sebaik Tun Daim Zainuddin dan Rafidah Aziz dipecat daripada UMNO, manakala Rais Yatim pula bakal menerima nasib yang sama dalam sehari dua lagi kerana beliau tetap berkeras untuk berkempen di pentas Pakatan Harapan walaupun UMNO memberi amaran terhadapnya, kini seorang lagi bekas menteri muncul bersuara.

Kali ini, Syed Hamid Albar, bekas Menteri Dalam Negeri pula menulis surat terbuka kepada rakyat Malaysia agar menggunakan hak mereka pada 9 Mei nanti untuk suatu perubahan yang positif.

Membaca surat terbuka beliau itu, meskipun tidak dinyatakan secara terbuka, tidaklah sukar untuk memahami bahawa seruannya tidak lain ialah agar rakyat menolak BN dan memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan yang baru selepas 9 Mei ini.

Berikut adalah isi surat tersebut:-
Kepada seluruh rakyat Malaysia,
pilihanraya umum ke-14 semakin hampir dan semestinya ramai antara anda telah terdedah kepada pelbagai ‘hadiah’, poster-poster dan iklan-iklan kempen serta taktik menakut-nakutkan.

Di sebalik segala yang disampaikan, saya berharap anda semua juga berpeluang untuk mendengar pendirian dan pandangan-pandangan matang serta rasional yang telah bersuara.

Sebagai pengundi, kita tidak patut membantu mereka yang sudah sedia kuat. Jangan sesekali terperangkap dalam situasi ini.

Pada 9 Mei nanti, marilah kita bersama-sama sebagai rakyat Malaysia, mengundi dengan hati yang ikhlas untuk perubahan yang positif.
Undilah mengikut naluri dan suara hati. Undilah dengan ikhlas. Gunakan kebijaksanaan dan pertimbangan yang rasional.

Undilah untuk mereka yang berintegriti, yang dihormati, telus, amanah dan yang akan bekerja keras serta boleh dipercayai, kerana kualiti-kualiti ini akan menjadi asas kepada kerajaan yang mereka wakili.

Inilah maksud demokrasi yang sebenar – kebebasan untuk memilih sesiapa sahaja yang mampu untuk menggerakkan aspirasi menjadi realiti dan bukan setakat janji kosong melalui kempen dengan slogan-slogan dan manifesto.

Kita seharusnya menghormati mereka yang mempunyai kuasa, namun kita tidak patut gentar terhadap mereka.

Fikirkanlah tentang masa depan dan fahamilah bahawa keputusan yang akan anda buat pada 9 Mei ini tidak hanya memberi kesan kepada lima tahun akan datang, malah ia akan menjadi titik rujukan untuk tahun-tahun kemudiannya.
Malaysia adalah negara yang masih muda dan sedang rancak membentuk dirinya sebagai sebuah negara demokratik.

Perjalanan sehingga ke hari ini penuh dengan pelbagai liku, namun saya percaya jika kita benar-benar bersatu berasaskan objektif bersama dan mempertahankan perjuangan kita demi keadilan dan kehormatan, InsyaAllah, ini mampu menumpaskan penipuan, pembohongan dan pemalsuan.

Rakyat Malaysia sekalian,
marilah kita mengundi dan semoga undi kita membentuk kerajaan untuk rakyat, oleh rakyat. 

Penentuan masa depan ada di tangan kita. Undilah dengan bijak.
Sebagai rakyat Malaysia, kita menegakkan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Syed Hamid Albar.
Meskipun kita boleh menghargai sumbangan dan peranan Syed Hamid Albar ke arah perubahan melalui suratnya itu, tetapi hendaklah juga disedari bahawa sekarang adalah "waktu perang"  dan semua orang lebih wajar untuk berterus terang.

Dalam hal ini, adalah lebih terpuji jika Syed Hamid Albar berani melangkah setapak lagi iaitu bercakap atau muncul secara terbuka tentang sokongan dan seruannya kepada  rakyat agar menyokong Pakatan Harapan dengan lebih jelas dan nyata.

Tidak perlu berkias, bermadah dan menulis dengan ayat berlapik lagi. Semua hasrat di hati perlu diluahkan dengan berterus-terang kerana UMNO dan BN sudah begitu teruk kerosakannya, sementara Najib Razak pula tidak boleh dibiarkan lagi terus berkuasa dengan lebih lama.

Sebagaimana Rais Yatim yang mahu terus bersuara dan berkempen di pentas ceramah Pakatan Harapan, walau diperingatkan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa beliau akan dipecat sebaik didapati berbuat demikian, Syed Hamidi Albar juga wajar berani berbuat demikian.

Jawapan Rais bahawa beliau hanya takut "dipecat" Tuhan seharusnya menjadi rangsangan buat Syed Hamid Albar agar menjadi lebih berani lagi.
Ingatlah bahawa perjuangan dalam pilihanraya kali ini ialah untuk menyelamatkan negara dan menumbangkan kerajaan kleptokrasi yang membawa kesengsaraan kepada rakyat jelata.

Selain Syed Hamid Albar, bekas-bekas menteri yang lain, kiranya benar mereka masih sayangkan negara dan ingin rakyat  mendapat lebih keselesaan, mereka juga perlu bangun bersuara bersama denyut nadi rakyat yang ketika ini sedang membara panasnya.

Jangan sekadar selesa dengan kehidupan sebagai pesara yang tidak mahu berbuat apa-apa di sebalik wang pencen beribu-ribu setiap bulan yang diterima.

Fikirkanlah sama kehidupan rakyat yang menderita dan generasi seterusnya yang tiada jaminan masa depan jika Najib, UMNO dan BN terus lagi berkuasa.

Sebagai bekas-bekas menteri, penampilan dan sokongan terbuka mereka secara beramai-ramai atau berkumpulan kepada Pakatan Harapan dengan sendirinya mampu menambahkan lagi kebangkitan rakyat bagi menjadikan tsunami Malaysia yang kuat benar-benar menjadi kenyataan.

Berbaki masa lagi tiga hari sebelum hari pengundian, belumlah terlambat, bahkan masa yang sangat strategik sebenarnya untuk bekas-bekas menteri yang lain untuk segera tampil menyatakan penolakan terhadap Najib, UMNO dan BN demi kepentingan rakyat dan negara yang sama-sama kita cintai ini.

Menyokong Pakatan Harapan tidak bererti hanya bertujuan untuk menjadikan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri buat kali kedua semata-mata, tetapi tindakan itu lebih memperlihatkan sikap bekas-bekas menteri berkenaan yang sentiasa pro dan mengutamakan rakyat sehingga ke akhir hayat.

Ayuh...bangunlah semua bekas-bekas menteri yang ada - bersama kita dengan rakyat jelata untuk selamatkan negara Malaysia ini!!! (ShahbudinHusin 06/05/2018).

No comments:

Post a Comment