Pages

Sunday, 6 May 2018

[Video Tun Daim~Ucapan Di Hadapan Ribuan Rakyat Jelajah Pakatan Keramat] Daim: Anggota PAS keliru kerjasama dengan Umno.

Isnin, 7 Mei 2018



Tumpang sekole.

Zahid janji lantik Shahrizat jadi menteri jika BN menang 2/3

BN akan melantik semula Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sebagai salah seorang menteri kabinet sekiranya BN meraih dua per tiga majoriti undi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata walaupun Shahrizat tidak bertanding dalam PRU kali ini, namun beliau boleh dilantik sebagai anggota Dewan Negara kerana kesetiaannya terhadap parti termasuk tidak membuat sabotaj atau merajuk walaupun tidak dicalonkan untuk bertanding dalam PRU14.
Mk.

Foto Rafizi Ramli.
Pilihanraya umum kali ini adalah yang paling sengit dalam sejarah negara. Sila ingat bahawa tempoh pengundian adalah dari pukul 8.00 Pagi - 5.00 Petang.

Semak lokasi pengundian anda secara online dihttps://goo.gl/i8VGSF

Bawa kad pengenalan, keluar untuk mengundi, dan sudah tentu undi untuk Pakatan Harapan.#BinaSemulaNegara

Daim: Anggota PAS keliru kerjasama dengan Umno

Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin berkata anggota PAS keliru mengenai kerjasama parti itu dengan Umno, lebih-lebih lagi apabila presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menolak kemungkinan tersebut berlaku selepas pilihan raya umum (PRU), 9 Mei ini.
"Saya nampak PAS ni nak bekerjasama dengan Umno, dan Hadi juga juga mengaku dia bekerjasama dengan Umno. Jadi ahli-ahli PAS keliru sikit.
"Sekarang orang muda mahu kerajaan yang bersih, kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat," katanya pada program Temu Mato Bersama Tun Daim di DUN Chempaka Pengkalan Chepa hari ini.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan, Husam Musa dan calon Chempaka, Nik Omar Nik Abdul Aziz.
Khamis lalu Abdul Hadi berkata adalah ‘sesuatu yang tidak pelik’ jika PAS bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan campuran pada PRU14.

Bagaimanapun, kata Abdul hadi BN perlu memenuhi beberapa syarat sebelum kerjasama itu boleh dilaksanakan.
"Memang tidak pelik jika PAS bekerjasama dengan BN tetapi perlu mengikut syarat kita. Terpulang kepada BN untuk bersetuju atau tidak tetapi kami akan kemukakan syaratnya nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah bersama calon PAS kawasan Parlimen Titiwangsa Mohamad Noor Mohamad.
Mengulas lanjut, Daim mengulangi ramalannya bahawa PAS kemungkinan besar akan kehilangan Kelantan pada PRU kali ini.
Ditanya mengapa kemungkinan tersebut berlaku, Daim berkata: "Pendirian pemimpin PAS sendiri berubah-ubah".
Dalam satu wawancara dengan akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau, baru-baru ini Daim berkata PAS tidak akan menjadi “kingmaker” atau “penentu keputusan”.
Beliau menjelaskan pengundi hari ini melihat pemimpin PAS terlalu rapat dengan Umno, yang suatu ketika dahulu ditolak terus oleh presidennya.
"Akhir-akhir ini, kamu lihat bahawa ketiga-tiga anak bekas pemimpin PAS memilih untuk meninggalkan parti itu.
"Terdapat perpecahan dalam parti itu, mereka tidak boleh menerima apa terjadi kepada PAS hari ini, " kata Daim.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment