Pages

Thursday, 7 June 2018

[Video JAKIM bukan dibubar tapi dikemaskini, kata Mufti Wilayah & APA KATA Dr Danial tentangnya] APA ZAHID HAMIDI MAHU JUMPA TUN MAHATHIR? PM ketika bergambar dengan Zahid Hamidi tampak masam mencuka dan tidak ceria...Lu fikirlah sendiri Wak Jahid!

Khamis, 7 jun 2018

JAKIM AKAN DIBUBARKAN , APA KATA DATO' DR. DANIAL TENTANGNYA



APA ZAHID HAMIDI MAHU JUMPA TUN MAHATHIR?


Pagi tadi, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Pemangku Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya.

Ini bermakna Zahid Hamidi menjadi pemimpin ketiga pembangkang yang datang bertemu Tun Mahathir selepas Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN dalam pilihanraya 9 Mei lalu.

Sebelum ini Presiden Pas, Hadi Awang bersama Menteri Besar Terengganu, Ahmad Shamsuri Mokhtar serta Mustaffa Ali dan Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Abang Haji Openg juga turut mengunjungi Tun Mahathir.
Tidak dipastikan apa perbincangan antara rombongan Hadi  Awang dengan Tun Mahathir, tetapi Abang Johari bertindak membawa keluar PBB meninggalkan BN selepas beberapa hari pertemuannya dengan Perdana Menteri itu.

Dalam hal berkaitan, apa Zahid Hamidi mahu bila beliau juga mengambil langkah mahu bertemu dengan Tun Mahathir?
Adakah Zahid Hamidi sekadar datang untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Pakatan Harapan dan kembalinya semula Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri buat kali kedua?

Atau beliau datang untuk meminta maaf atas keterlanjuaran atau kebiadapan mulutnya menghina Tun Mahathir dengan mengatakan Perdana Menteri itu mempunyai nama sebenar dalam kad pengenalan biru sebagai “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” yang gagal dibuktikannya sehingga kini?
Mungkinkah juga kunjungan Zahid Hamidi untuk "minta nyawa"  daripada Tun Mahathir terhadap kemungkinan kes-kes lama atau semasa beliau menerajui Kementerian Dalam Negeri akan diselongkar oleh kerajaan baru Pakatan Harapan?

Adakah Zahid Hamidi datang untuk mendapat kepastian daripada Tun Mahathir sama ada namanya turut disenaraihitamkan untuk ke luar negara?

Tidak mustahilkah juga Zahid Hamidi datang untuk membawa sesuatu mesej daripada bekas bossnya, Najib Razak yang kini sedang disiasat polis dan SPRM serta bakal didakwa tidak berapa lama lagi?
Apa pun kemungkinan di sebalik kedatangan Zahid Hamidi bertemu Tun Mahathir ini, yang nyata cara Perdana Menteri menyambut bekas Timbalan Perdana Menteri itu berbeza dengan ketika beliau menerima kunjungan Hadi Awang. 

Ketika menyambut Hadi Awang, Tun Mahathir berdiri di depan pintu, manakala ketika menerima Zahia Hamidi, beliau hanya berdiri di depan meja kerjanya saja.

Apa makna semua itu?

Lebih daripada itu, ketika bergambar dengan Hadi Awang, Perdana Menteri jelas nampak gembira dan tersenyum, tetapi wajahnya ketika bergambar dengan Zahid Hamidi tampak masam mencuka dan tidak ceria.

Aduhhhh....
Lebih malang lagi, berita dan gambar kunjungan Zahid Hamidi itu juga tidak dimasukkan dalam Facebook dan Twitter milik Tun Mahathir - sekurang-kurangnya setakat jam 5.09 petang ini - sebagai hebahan awam sebagaimana yang dilakukannya selepas bertemu dengan Hadi Awan sebelum ini.

Hanya Zahid Hamidi yang memuatkan gambar pertemuan itu dalam media sosial miliknya.

Lu fikirlah sendiri Zahid Hamidi...(ShahbudinHusin 07/06/2018)

No comments:

Post a Comment