Pages

Thursday, 7 June 2018

[Video SESI GELAK KETAWA MENTERI PERTAHANAN, Seronok betul rakyat bersamanya] Kumpulan peguam kecam tindakan polis siasat Kadir Jasin & KPN mesti sedar Malaysia tidak lagi ditadbir oleh rejim BN yang menindas dan menganiaya rakyat.

Khamis, 7 Jun 2018

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Kumpulan peguam kecam tindakan polis siasat Kadir Jasin

LAWYERS for Liberty menggesa pihak polis menghentikan siasatan terhadap wartawan veteran Kadir Jasin kerana didakwa membuat kenyataan mengenai perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Polis Negara Fuzi Harun hari ini mengumumkan Kadir sedang disiasat di bawah Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) dan jenayah fitnah di bawah Kanun Keseksaan di atas catatan blognya pada Isnin.
"Perlu ada menghentikan semua siasatan di bawah undang-undang yang mendiskriminasi ini, sementara menunggu pemansuhan."
"Taktik zaman Barisan Nasional (BN) yang lama menggunakan siasatan polis untuk mengawal dan menyekat wacana awam tidak lagi dapat diterima," kata ahlinya, Latheefa Koya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam postingnya, Kadir mendakwa selama 16 bulan hingga April tahun ini, sejumlah RM256.9 juta diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Namun, beliau tidak menyatakan sumber maklumatnya mengenai belanja persekutuan terhadap Agong.
Beberapa laporan polis di beberapa negeri kemudiannya dibuat terhadap Kadir.
"Hanya kerana beberapa kumpulan sayap kanan membuat laporan polis, ini tidak bermakna polis perlu melompat dan memulakan siasatan yang tidak perlu dan membazir," kata Paulsen dalam kenyataan itu.
Beliau menggesa Fuzi "bertindak secara konsisten" dengan agenda pembaharuan kerajaan Pakatan Harapan yang baru, untuk menghapuskan pelbagai undang-undang "menindas" seperti Akta Hasutan, AKM dan Kanun Keseksaan.
"Oleh itu, ia amat mengejutkan dan tidak boleh diterima bagi KPN mengarahkan pelbagai siasatan terhadap Kadir di bawah undang-undang sama seperti yang dijanjikan kerajaan untuk mengkaji semula dan menghapuskannya."
Paulsen berkata pengkritik Kadir harus "bertindak balas dengan cara bertamadun" dan tidak menggunakan laporan polis, sambil menambah pihak yang tersinggung juga boleh memfailkan saman fitnah sivil.
"KPN mesti sedar Malaysia tidak lagi ditadbir oleh rejim BN yang menindas sebelum ini dan menganiaya rakyat hanya kerana menggunakan hak mereka kebebasan berucap. – 7 Jun, 2018.

No comments:

Post a Comment