Pages

Monday, 4 June 2018

[Video Nombor plat 'Malaysia' dibuka 2 Julai ini - Menteri] Adoi...Drama lagi, kata Chef Wan ulas isu AG baru & Puak2 lobai kata Malaysia dalam bahaya? HA HA HA...

Isnin, 4 Jun 2018

Foto Suara Rakyat.
Biar Gambar Berbicara..

Rupa-rupanya kembalinya Tun Dr Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri, Malaysia telah ter ke belakang !!!.. Malaysia dalam bahaya..!!!

HA HA HA..

Foto Ave Trigona.Foto Ave Trigona.

Adoi... drama lagi, kata Chef Wan ulas isu AG baru

Apabila sebahagian rakyat mengutamakan faktor bangsa tidak hairanlah negara boleh menjadi kucar-kacir, kata seorang cef selebriti yang terkenal dengan sikap berterus-terangnya.
Menurut Datuk Chef Wan faktor lain yang menyebabkan negara tidak aman ialah ramai manusia yang tida berhati jujur.
Jelas mengulas mengenai isu pelantikan peguam negara (AG) yang baru beliau berkata bagi mengelak sejarah buruk berulang, semua pihak perlu mengutamakan integriti yang tinggi dan perlu ada bagi seseorang calon bagi jawatan berkenaan.
Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri menyerahkan nama peguam kanan, Tommy Thomas, kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai calon tunggal daripada kerajaan bagi mengisi jawatan AG yang sebelumnya disandang Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Apandi tidak disenangi Pakatan Harapan kerana peranannya dalam siasatan skandal 1MDB melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak serta isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.
Pernah menjadi hakim, Apandi adalah orang yang bertanggungjawab mengesahkan Najib tidak melakukan sebarang penyelewengan atau salah laku dalam skandal 1MDB serta anak syarikatnya SRC International.
Bagaimanapun sesetengah pihak tidak bersetuju Tommy dilantik menggantikan Apandi kerana dia bukan Muslim dan dicurigai bakal mengancam kedudukan Islam walaupun ia memang dijamin dalam perlembagaan.
Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkata dalam keadaan sekarang masih ramai mahu mempertikaikan calon AG kerana faktor bangsanya.
“Dan kita masih mempertikaikan bangsa asing nak dilantik menjadi peguam negara? Macam cerita menteri kewangan (lalu) pula. Yang songlap habis (duit) tu bukan orang Melayu ke?” katanya lagi.
Chef Wan menambah isu berkenaan mesti diselesaikan mengikut perlembagaan.
Mengenai latar belakang agama, katanya, ia sepatutnya tidak menjadi isu besar kerana peranan sebagai penasihat kepada Agong boleh dimainkan oleh institusi lain yang berkaitan.
“Kita kenalah ikut perlembagaan dan pelantikan kena betul-betul manusia yang berpengalaman jujur dan sesuai untuk jawatan tersebut.
“Perihal agama, bukan ke ada badan termasuk mufti yang boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong?” katanya.
Mk.

No comments:

Post a Comment