Peguam Negara telah melantik dua orang peguam terkemuka untuk mendakwa Najib. Datuk Sulaiman Abdullah memang terkenal sebagai peguam yang bijak serta bekas hakim Datuk Sri Gopal Sri Ram, juga seorang peguam yg banyak pengalaman di bidang kes jenayah. Besar kemungkinan Najib akan mengekalkan Shafie Abdullah yang dikatakan mendapat bayaran RM9 juta lebih dari khidmat guamannya di masa lalu. Kedua peguam yang dilantik Tommy Thomas tidak dibayar apa-apa. Inilah sumbangan ikhlas mereka sebagai patriot Malaysia memperjuangkan hak rakyat yg diperkosa oleh maharaja lanun kelas cakrawala ini.
Dunia memberi perhatian serius terhadap kes Najib yang dikaitkan dengan berbagai jenayah mengenai 1MDB, SRC International dan lain-lain lagi. Besar kemungkinan, selepas perbicaraan kes SRC International yang melibatkan dia menerima RM42 juta dalam akaun pribadinya Najib akan dihadapkan lagi dengan beberapa kes lain. Nampaknya bala demi bala akan timpa menimpa satu demi satu kelak.
Apakah Najib akan buat kenduri tolak bala di Pekan sebelum menghadapi perbicaraannya? Rakyat ingin tahu. Mungkinkah Rosmah akan minta khidmat nasihat para bomoh dan sami yg super hebat untuk menyelamatkan lakinya? Apa pun muslihat, mantra dan amalan Najib, bininya dan keluarga Tun Razak mereka tetap tidak dapat mengatasi kuasa mutlak Allah Ta'ala. Kalian boleh merancang tapi Allah tetap menentukan nasib Najib dan keluarganya menurut kemahuan Allah sendiri. Ada orang sudah memberi bye-bye Najib!. Allah-hu-Akhbar. - Yahaya Ismail
No comments:
Post a Comment