Mahathir pun terkejut Guan Eng lepas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut terkejut dengan pengguguran pertuduhan kes rasuah melibatkan Lim Guan Eng berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.
Bernama melaporkan maklum balas beliau sebentar tadi.
Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan ringkasnya menyatakan "amat terkejut" dengan keputusan itu.
Lim dan ahli perniagaan Phang Li Koon dibebaskan daripada dua pertuduhan rasuah mengenai dakwaan menukar status tanah negeri dan pembelian rumah banglo pada harga diskaun oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang awal hari ini.
Pembebasan tersebut selepas Pejabat Peguam Negara (AGC) menerima representasi daripada peguam kedua-dua tertuduh itu.
Mk.
No comments:
Post a Comment