Pages

Sunday 21 October 2018

[LIVE Parlimen 22 Oktober 2018 Sesi Pagi] Hapuskan teksi, tinggal Grab saja, kata Zainudin Maidin.

Isnin, 22 Oktober 2018
Image may contain: 4 people, people smiling, text
No automatic alt text available.

Hapuskan teksi, tinggal Grab saja, kata Zainudin Maidin

Hapuskan teksi, tinggal Grab saja, kata Zainudin Maidin
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mencadangkan agar kerajaan menghapuskan sahaja perkhidmatan teksi dan mengantikan dengan perkhidmatan Grab susulan sikap biadap yang ditunjukkan sekumpulan pemandu teksi ketika dialog bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi semalam.
“Pemandu teksi di Langkawi bersikap biadap dalam pertemuan dengan Tun Mahathir. Itu dengan Tun ,sikap mereka dimana-mana lebih kurang ajar terhadap public.
“Lebih baik hapuskan sahaja teksi,tinggal grab sahaja.Mereka bukan jenis manusia yang patut diberi muka.Penipu dan pemeras,” ujarnya dalam status di twitternya semalam.
Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad dipetik berkata, beliau sedia meletak jawatannya selepas kesal dengan tindakan segelintir pemandu teksi bersikap biadab dan meninggalkan sesi dialog selepas enggan menerima penjelasan beliau berkaitan isu Grab.
Perdana Menteri berkata, beliau sudah bersara sebelum ini, namun kembali semula selepas diminta orang ramai untuk memulihkan keadaan negara.
Terdahulu, kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat bising sebelum keluar dewan ketika Dr Mahathir memberi penjelasan berhubung isu e-hailing.
Sesi dialog itu dihadiri hampir 200 pemandu teksi Langkawi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan GRAB yang dikatakan ‘mencuri’ pelanggan.
Terdahulu, Dr Mahathir berkata,Grab akan diminta menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan, membayar insurans dan membayar cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan adil.
MD.

No comments:

Post a Comment