Pages

Monday, 22 October 2018

[LIVE Parlimen 22 Oktober 2018 Sesi Petang] Uber, Grab diluluskan BN, PH pula jadi mangsa fitnah pembangkang! Lagi veteran politik selar pemandu teksi 'biadab'...Jalan terus Tun, beri perhatian kepada rintihan rakyat.

Isnin, 22 Oktober 2018
No automatic alt text available.
Foto Suara Rakyat.
"Kerajaan Pakatan Harapan akan memperkukuh hak para pemandu e-hailing, dan pada waktu yang sama memastikan hak dan kebajikan para pemandu teksi juga turut terjaga" - Manifesto PH

Sejak bila PH berjanji nak hapus 'e-hailing' atau dalam manifesto PH ada mengatakan nak hapus GRAB/ UBER itu..?

Tak serik2 menipu & fitnah ka Najib Razak !!!

Uber, Grab diluluskan BN, PH pula jadi mangsa fitnah pembangkang !!

Lagi veteran politik selar pemandu teksi 'biadab'

Sikap pemandu teksi yang disifatkan biadab pada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus menjentik reaksi veteran politik.
Hari ini bekas pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar dan bekas menteri Tan Sri Rais Yatim pula tampil berkongsi pandangan masing-masing.
Syed Hamid, yang pernah berdepan isu sama ketika berada dalam kerajaan, meminta Mahathir tidak ambil hati dengan sikap sebegitu.
“Jangan ambil hati PM TDM (Mahahtir) dengan segelintir kecil orang teksi yang tiada adab dan sopan. Mereka ini tidak mahu berubah.
“Teruskan memimpin negara,” kata bekas orang kuat Umno itu yang menyertai BERSATU, parti Mahathir, kira-kira dua bulan selepas pertukaran kerajaan 9 Mei lalu.
Jangan ambil hati PM TDM dengan segelintir kecil orang teksi yang tiada adab dan sopan. Mereka ini tidak mahu berubah. Teruskan memimpin negara.
Bekas menteri dan wartawan veteran Tan Sri Zainudin Maidin di Twitter semalam telah meluahkan kemarahan sama dengan berkata "lebih baik hapuskan sahaja teksi".
Ini susulan insiden pemandu teksi mengeluarkan kata-kata kesat dan keluar dewan dalam sesi dialog bersama Mahathir di Langkawi, Kelmarin.
Tindakan itu mendorong Mahathir meluahkan rasa kecewa sehingga beliau menawarkan meletakkan jawatan pada hari itu juga jika itu yang dimahukan mereka.
Sebelum kejadian itu, Mahathir berkata Grab akan diminta menggunakan kenderaan diluluskan kerajaan dan membayar insurans serta cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan adil.
Sementara itu, Rais juga menggunakan Twitter bagi mencemuh tindakan pemandu teksi itu.
“Pemandu/pemilik teksi biadab dan kurang ajar tak akan dapat simpati rakyat.
“Tun M takkanlah berundur sebagai PM cuma kerana disongsangi orang teksi Langkawi.
“Jalan terus Tun, beri perhatian kepada rintihan rakyat,” tulisnya.
Pemandu/pemilik teksi biadap dn kurang ajar tak akan dapt simpati rakyat. Tun M takkanlah berundur sbg PM cuma kerana disongsangi org teksi Langkawi. Jalan terus Tun beri perhatian kpd rintihan rakyat

No comments:

Post a Comment