9 ditangkap, polis suraikan kumpulan kecil sekitar kuil Seafield
Pekerja syarikat pemaju antara 19 direman
Sekurang-kurangnya tiga pekerja One City Development Bhd telah direman susulan rusuhan dan pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.
Jumlah itu daripada 19 individu yang direman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya tengah hari tadi.
One City Development Bhd adalah pemilik kepada tanah di mana kuil berusia lebih seratus tahun itu terletak. Usaha syarikat itu untuk memindahkan kuil itu membawa kepada pertembungan Isnin lalu.
Dua pekerja diwakili peguam Haniff Khatri Abdullah manakala seorang lagi oleh Rafiqu Rashid Ali.
Haniff berkata anak guamnya dikenakan tahanan reman dua hari, manakala Rafique memaklumkan anak guamnya direman empat hari.
"Polis memohon reman tujuh hari tetapi majistret memberikan dua hari untuk anak guam saya, iaitu sehingga tengah malam Rabu, pagi Khamis," kata Haniff kepada pemberita di luar mahkamah.
Sementara itu 16 individu lagi, termasuk tiga yang kini dirawat di hospital, direman lima hari.
Menurut Haniff, mereka disiasat menurut Seksyen 148, 427, 435 dan 447 Kanun Keseksaan.
Malaysiakini.
'Kami tiada kaitan dalam isu kuil' - bekas pengarah MCT, penduduk One City
Bekas pengarah MCT Berhad Tong Seech Wi berkata beliau tidak terlibat dalam isu pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman yang mencetuskan rusuhan.
Beliau mengeluarkan kenyataan selepas gambarnya dengan seorang lagi eksekutif tersebar di media sosial. Gambar itu diiringi dengan hantaran yang mendakwa mereka mengupah samseng untuk mendesak pemindahan itu.
"Saya mendapat tahu gambar saya disebar di media sosial, mengaitkan saya dengan tanah di mana Kuil Sri Maha Mariamman terletak.
"Saya menafikan seabrang penglibatan dengan kejadian yang berlaku mutakhir ini.
"Saya berhenti dari MCT Bhd pada Februari 2018 ketika saya menjual majoriti saham dalam syarikat itu. Saya sudah tidak menjadi pengarah sejak letak jawatan pada 28 Februari 2018.
"Maka saya tidak lagi ada sebarang perhubungan dengan pengurusan atau operasi MCT Berhad atau subsidiarinya, One City Development Sdn Bhd," katanya.
One City Development adalah pemilik tanah tapak kuil itu.
Tong berkata beliau terkejut dengan insiden yang berlaku sejak Isnin lalu.
"Saya menggesa semua pihak untuk kekal bertenang dan menyelesaikan perkara ini secara baik."
Awal tahun ini, MCT dibeli oleh syarikat Filipina, Ayala Corporation.
'Sky Park tiada kaitan'
Sementara itu, penduduk di Sky Park@One City berkata mereka juga tiada kaitan dengan isu pemindahan kuil yang berusia lebih seratus tahun itu.
Ia selepas perusuh menyerang dan merosakkan bangunan MCT Tower awal pagi tadi, yang merupakan sebahagian daripada Sky Park@One City.
Jawatankuasa pengurusannya berkata bangunan itu dibina oleh One City Properties Sdn Bhd, yang tiada kaitan lagi dengan MCT Bhd atau subsidiarinya One City Development Sdn Bhd.
"One City Properties Sdn Bhd dijual oleh MCT pada Disember 2017. MCT Bhd atau One City Development Sdn Bhd bukan pemilik Sky Park@One City.
Menurut laporan, MCT Bhd menjual One City Properties Sdn Bhd kepada Bra Ventures Sdn Bhd.
Kata jwatankuasa itu lagi, MCT Tower juga menempatkan syarikat lain.
"Semua hartanah dan unit di One City di USJ25 adalah milik individu, dan diuruskan oleh tiga badan pengurusan seperti yang dinyatakan dalam Akta Hakmilik Strata 2013," katanya.
Malaysiakini.
Perkara yg tidak masuk akal boleh berlaku kpd anggota bomba berkenaan...
ReplyDelete*Siapa perlakunya perlu diselesaikan dgn tuntas !!!
Jangan sampai "Api dalam Sekam menyala terhambur keluar"... Pihak berkuasa perlu bertindak cepal... !!!