Dr M: Orang luar dalang rusuhan di kuil
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata rusuhan yang berlaku berhampiran kuil Seafield Sri Maha Mariamman di Subang Jaya didalangi orang luar.
Mahathir berkata demikian sebagai menegaskan bahawa rusuhan berkenaan tidak melibatkan perbalahan antara kaum.
"Ini bukan soal orang Melayu lawan orang India. Ini masalah orang itu datang dari tempat lain. Bukan penduduk tempatan. Ada orang jadi dalang di belakang," katanya ketika ditemui selepas majlis Anugerah Akademik Negara ke-12 di Putrajaya.
Sementara itu, diminta mengulas rancangan kerajaan dalam mengangani isu pemindahan tapak rumah ibadat pada masa akan datang, Mahathir memberi jaminan ia tidak akan terjadi lagi.
"Masa depan takkan berlaku (perkara seumpamanya). Kita ada cara untuk mengelakkan perkara serupa berlaku," katanya tanpa mengulas lanjut.
Pada awal pagi 26 Oktober, kekecohan berlaku selepas sekumpulan individu menceroboh kuil Sri Maha Mariamman.
Kuil yang berusia lebih 100 tahun itu dijadual untuk dipindahkan pada 22 Nov lalu selepas pemaju One City Development Sdn Bhd mendapat persetujuan penghakiman mahkamah.
Bagaimanapun, terdapat pihak yang tidak bersetuju kuil itu dipindahkan.
Awal pagi ini, rusuhan tercetus sekali lagi sehingga menyebabkan seornag anggota bomba perubatan cedera parah.
Setakat ini polis telah menahan 21 individu. Dalam tangkapan terbaru, dua suspek ditahan bersama parang yang ditemui dalam kenderaan yang dinaiki, menurut polis.
Sebanyak 23 kenderaan rosak dan dibakar, termasuk sebuah lori bomba yang dirosakkan oleh perusuh.
Mk.
Adib dipindahkan ke IJN
Anggota bomba, Muhammad Adib Muhammad Kassim yang cedera parah dalam insiden rusuhan di kuil Seafield Sri Maha Mariamman awal pagi Selasa, dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin memaklumkan perkara itu pada sidang media 11.20 malam tadi.
"Doktor-doktor sudah bincang dengan pakar IJN dan sudah melihat keadaan mangsa. Mereka membuat keputusan untuk memindahkan Adib ke IJN malam ini.
"IJN ada satu peralatan, satu-satunya di Malaysia yang boleh memberi sedikit rawatan tambahan untuk memasukkan lebih oksigen dalam paru-parunya dengan harapan pemulihan yang lebih cepat," katanya selepas melawat Muhammad Adib di Pusat Perubatan Sime Darby.
Kenderaan ambulans IJN dilihat meninggalkan hospital berkenaan pada pukul 11.30 malam.
Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Mohammad Hamdan Wahid sebelum ini memaklumkan bahawa paru-paru Adib tertusuk tulang rusuknya.
Muhammad Adib, 24, berada di van bomba perubatan ketika perusuh membaling objek ke arah lori bomba dan van yang dinaikinya.
Beliau kemudian diheret keluar dan dipukul oleh perusuh. Rakan sekerja Muhammad Adib yang memandu van meninggalkan kawasan berkenaan tanpa menyedari situasi yang berlaku.
Muhammad Adib kemudian dibawa ke hospital oleh orang awam.
Malaysiakini.
Perkara yg tidak masuk akal boleh berlaku... melainkan perbuatan golongan pengganas... Musoh bagi bangsa & Anutan Tauhid - احد.
ReplyDeletePerbuatan golongan المشريكين : Non Tauhid احد & Non Muslim اله : berhala : api/matahari : komunisme : atheis... Musoh kpd bangsa bumiputera @ melayu muslim & belum muslim serta musoh kpd perkata I'ttiqad & Tauhid bangsa bumiputera melayu itu...bertunjangkang Raja-Raja : Sultan : YM BESAR yg memiliki wewenang mutlak terhadap bumiputera melayu muslim & belum muslim.
ReplyDeleteDengan apa yg berlaku sekarang ini dengan peg bomba & berita tidak disahkan - dua pemuda melayu dibelasah hingga mati (***berita tidak @ belum disahkan lagi)???...
ReplyDeleteDiberitakan juga malam ini juga (kira2 jam 11:30hrs)... sekumpulan pemuda melayu (group diviral anggaran 60-100 pemuda) 'Show Force" berbaris dengan laungan Takbir "ALLAAHU AKHBAR" !!!... diberitakan juga group : kumpulan dari berbagai kawasan sedang dalam perjalanan : pergerakan ke tempat kejadian...
ReplyDeleteditambah lagi perbuatan pemimpin politik menyumpah seranah raja-raja melayu : sultan serta menumbah bangsa melayu itu sendiri berlaku berulang-ulang serta masih segar dalam ingatan orang melayu & berAgama Tauhid serta berI'ttiqad Islam...
ReplyDeletedimana mungkin berlaku silapnya... JIka golongan al-Musyrikin : المشريكين - Non Tauhid احد serta Non I'ttiqad : لله - اله itu dipauskan dari bumi malaysia & tidak terkecuali Indonesia juga... ???
ReplyDeletePerkara boleh berlaku & sewajarnya berlaku :
Indon - Syiah Imamiah : Zaidiyyah yg tidak terkeluar dari Aqidah الاءسلام bersatu dgn ahlu Sunnah serta tidak menjadikan perkara FURU' (branch's : cabang - Hadis, Sunnah, Sirah manapun) sebagai sebab perbalahan... wajib kembali kpd القران sepenohnya dahulu - keutamaan utama.
malaysia - cukup hanya UMNO+PAS+PKT dll pertubohan melayu & I'ttiqad Islam BERSATU DENGAN SATU SUARA PUN DAH CUKUP... untuk mengalahkan golongan المشريكين : Non Tauhid احد : الدين & Non I'ttiqad yg diredhoi Allah Islam :لله : اله: الاءسلام
Kalau berlaku kpd anggota Polis... boleh juga mencari alasan, tapi ini berlaku kpd anggota bomba - unit Madic kecemasan...!!!
ReplyDelete