Rusuhan Kuil Bukan Isu Perkauman - P. Prabakaran
2. Bukan sahaja KPN, bahkan TS Muhyiddin selaku Menteri Dalam Negeri dan Tun Dr. Mahathir sendiri telah menasihat dan memberi amaran agar perhimpunan anjuran UMNO dan PAS yang bakal diadakan pada 8hb Disember nanti dibatalkan.
3. Polis sendiri melalui Timbalan KPN mengumumkan akan memanggil beberapa individu yang dikenal pasti yang cuba mencetuskan hura hara dan pertumpahaan darah semasa perhimpunan tersebut.
4. Salah seorang yang disenaraikan ialah Zahid Hamidi, mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dan kini Presiden UMNO.
5. Tidak hairanlah Zahid termasuk dalam senarai hitam polis kerana rekod beliau sendiri tidak begitu baik.
6. Semasa dalam Kabinet, jenayah pertama yang dilakukannya ialah apabila beliau sendiri terlibat mencederakan dengan teruk Ahmad Bazli, kekasih anak sulungnya ketika itu sehingga menyebabkan tempurung hadapan di dahi beliau retak - ini telah disahkan sendiri oleh pakar2 yang memberi rawatan.
7. Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, beliau telah menulis kepada Pengarah FBI Amerika Syarikat meminta Biro tersebut tidak mengambil sebarang tindakan undang2 terhadap seorang penjenayah Malaysia yang ditangkap di sana.
8. Semasa beliau menjadi Menteri Dalam Negeri itulah tak kurang 3 juta pekerja asing terutama dari Bangladesh berpusu-pusu datang ke negara kita.
9. Apakah ketika itu Zahid berjuang untuk keselamatan dan kesenangan rakyat khususnya bagi orang Melayu atau untuk keluarga dan kroni2 beliau.
10. Mengapa beliau tidak menganjurkan demontrasi ketika itu apabila Kerajaan BN menggantikan Dasar Ekonomi Negara dengan Dasar sama rata atau meritokrasi, membuka biasiswa JPA kepada semua bangsa dan peruntukan besar-besaran kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (sekolah Cina dan Tamil).
11. Zahid hanya berkokok setelah hilang jawatan kerajaan dan sedang menghadapi 45 pertuduhan undang2, beliau kini sedang memperalatkan rakyat bersama PAS menganjurkan demontrasi tersebut.
12. Atas alasan menyelamatkan Melayu dari segi ekonomi dan agama beliau sebenarnya sedang bermain api membakar semangat orang Melayu khasnya ahli UMNO berbuat apa sahaja dengan satu tujuan.
13. Kepada beliau jika sekiranya Tun Dr. Mahathir dan Kerajaan berjaya diturunkan, peluang beliau dibebaskan adalah cerah.
14. Kepada Hadi pula inilah peluang keemasaan bagi beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan akhhirnya menjadi orang nombor satu negara.
15. Zahid umpama orang yang sedang lemas - beliau akan buat apa sahaja bagi menyelamatkan dirinya.
16. Zahid juga tak ubah seperti seekor harimau cedera yang sedang mengganas - ini AMAT BERBAHAYA kepada negara dan masyarakat berbilang kaum.
17. Sudah 61 tahun negara Merdeka dan berbagai-bagai dasar dan agensi ditubuhkan, dari Agong dan 9 orang Sultan, dari Perdana Menteri ke Menteri Besar, dari KSN hingga ke budak pejabat dan pemandu, 90% daripadanya adalah Melayu tetapi ekonomi Melayu masih jauh ke belakang; begitu juga dengan kedudukan agama Islam.
18. Tidak boleh dinafikan memang ada segelintir bukan Melayu yang agak keterlaluan pemikiran mereka tetapi bilangan mereka terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Melayu dan Bumiputera; lagi pun mereka yang keterlaluan itu tidak punyai cukup kuasa bagi melaksanakan apa yang berada dalam pemikiran.
19. Jalan mudah bagi mereka ialah dengan menyalahkan bukan Melayu khasnya parti DAP yang disifatkan sebagai anti Melayu.
20. Perlu diingatkan DAP tidak berkuasa dan DAP juga tidak mempersoalkan malah mereka sentiasa menghormati Artikal 153 Perlembagaan negara.
21. Bukankah lebih bermakna jika himpunan yang dicadangkan itu dijadikan ‘Himpunan Rakyat Menuntut Wang Rakyat Yang Dilesapkan Oleh Najib Melalui 1MDB Dipulangkan Segera’ - itu barulah berjuang untuk rakyat dan tanahair.
22. Bagi Pas pula, bak kata Shahbudin Husin, seorang blogger, apa perlunya nak berdemonstrasi di jalanraya jika setakat nak berdoa kesyukuran - kan lebih afdal jika mengadakan doa kesyukuran di masjid dan surau.
23. Sebenarnya ini semua alasan yang tidak boleh diterima oleh mereka yang mempunyai akal yang terbuka dan waras, bukan akal yang sempit atau jumud dan bak kata Kharuddin Abu Hassan tak ubah seperti ‘otak udang’.
24. Kerajaan hari ini perlu tegas bagi menentukan keselamatan, kerhamonian dan ekonomi negara dapat dipulihkan semula TANPA sebarang gangguan dari puak pelampau ini.
25. Bagi mengubati pesakit ialah dengan memberi ubat-ubatan walaupun pahit untuk ditelan.
26. Sama ada mereka membaca kenyataan kerajaan dan amaran atau baca tapi tak faham atau sengaja buat tak faham atau tak peduli itu semua.
27. Mereka sebenarnya sedang mencabar kesabaran dan kekuatan kerajaan dan pasukan polis dan anggota keselamatan.
28. Bak kata Azman Attar (arwah) 'If You Have The Power You Must Be Powerful Or Else You Are Bloody Fool’.
29. Humbankan saja mereka ke dalam penjara sebelum 'Nasi Menjadi Bubur’. - Tamrin Abdul Gafar
Matlamat golongan ini amat jelas, untuk menaja huru-hara dalam negara supaya kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dan disahkan oleh YDP Agong ini tidak stabil.
Mungkin kah kerajaan PH terlebih toleran terhadap suara2 pembangkang sehingga mereka sudah menjadi seperti cacing naik ke mata...? - Tamrin Tun Ghafar
The Late-Night Riot In Subang Jaya...
Tumpang sekole.Exco Negeri Selangor kaitkan isu rusuhan dengan agama
V. Ganabatirau
SHAH ALAM 26 Nov. - Exco Kerajaan Negeri Selangor, V. Ganabatirau memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawabnya apabila mengaitkan insiden rusuhan di Kuil Sri Mariamman di Subang Jaya, awal pagi ini dengan sentimen agama apabila menuduh dimulakan sekumpulan orang Islam.
Kenyataan tidak bertanggungjawab tersebut dimuat naik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin itu di Facebooknya beberapa jam lalu.
Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Ganabatirau memadamkan kenyataan asal dan menggantikan sekumpulan orang Islam kepada kumpulan gangster tanpa sebarang permohonan maaf. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment