Selasa, 27 November 2018
Bukan rusuhan...
Terima kasih kpd semua kepimpinan parti2 dalam PH, yang telah sepakat dan sekata untuk menentang ICERD seterusnya telah berjaya membuat keputusan sebulat suara di dalam Kabinet bahawa kerajaan PH menolak ICERD. Tanpa berdemontrasi, tanpa menjerit terlolong, tanpa menjual T-Shirt baju unggu, kita berjaya mempertahankan Perlembagaan Malaysia.
Itulah pentingnya dapatkan kuasa, dengan kuasa kita bukan sahaja boleh membongkar salahlaku rompakan rejim terdahulu namun kita mampu mempertahankan Perlembagaan negara.
Terbukti dakwaan mereka bahawa kerajaan PH telah dikuasai oleh Cina Dap adalah salah samasekali. Apa yg terbukti sebaliknya adalah puak2 mereka akan terus mencari jalan untuk memainkan sentimen kaum dan agama untuk keentingan politik mereka. Tolak Umno - Pas, pertahankan kesejahteraan negara!
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS
Komen:
Tanpa Nama24 November 2018 6:15 PTG
Yg untung besar jika malaysia huru hara:
si 42 pertuduhan si 38 pertuduhan
si hippo/anak jerung2 yg sedang berbaris menunggu
si penerima RM200juta
si penerima 90juta
si agen cia... yg balaci/dan walaaun berhempas pulas nak selamatkan mereka.
Tanpa Nama24 November 2018 8:21 PTG
PASUMNO menjangkakan DAP dan pemimpin India yang lain akan mengambil kesempatan dari ICERD sebab jika ikut ideologi perjuangan dan tuntutan kesamarataan mereka selama ini, ini lah peluang mereka memenuhi kehendak tersebut.
Tetapi masalah yang mereka perbesarkan itu akhir nya dapat di selesaikan dan di persetujui tanpa perbalahan antara pemimpin PH.
Adakah kerana PH takut pada tekanan PASUMNO? Apa kah pemimpin melayu dalam AMANAH, PKR dan BERSATU tidak memperdulikan hak dan masa depan orang melayu yang masih jauh ketinggalan ?
Sepatutnya PASUMNO melihat terlebih dahulu rentak pemimpin melayu AMANAH, BERSATU dan PKR dalam isu ini.
Bukan kah selepas Mahathir umumkan ICERD di tolak oleh kabinet, PASUMNO tidak berpuas hati dan hendak lah di sahkan dalam parlimen ?
PASUMNO tahu pemimpin melayu AMANAH, BERSATU dan PKR juga membantah sebab itu lah mereka awal-awal lagi bertindak.
Dan apabila tindakan mereka di pintas oleh Mahathir, mereka minta di sahkan dalam Parlimen dengan harapan ada pemimpin Cina dan India akan menunjukkan sikap tidak berpuas hati.
Menyedari mereka akan keciwa apabila melihat kesemua pemimpin Cina dan India dalam PH tidak akan menunjukkan sikap tidak berpuas hati, mereka terpaksa meneruskan demo pada 0812..
No comments:
Post a Comment