Siakap Keli
Nasi Goreng Strawberi Versi Ahmad Maslan Jadi Perhatian, Komen Syed Saddiq Dan KJ Buat Netizen Terhibur?
Siapa tak kenal DS Ahmad Maslan yang sentiasa berkongsi resepi unik melalui medium sosial media untuk para pengikutnya.
Terbaru, beliau berkongsi resepi berasaskan buah strawberi yang menjadi bahan utama hidangan nasi goreng.
Macam manalah agaknya rasa nasi goreng ni?
Cetusan resepi tersebut, walau bagaimana pun mendapat perhatian netizen dan tak ketinggalan Syed Saddiq dan Khairy Jamaluddin yang masing-masing memuatnaik respon yang sangat lucu.
Selain mereka, ada juga netizen yang sampai ‘tag’ Gordon Ramsay, chef terkenal dunia yang terkenal dengan kritikan pedas.
Pada hari yang sama, selepas menyedari resepi buah strawberi itu viral, Ahmad Maslan sekali lagi mengeluarkan kenyataan bahawa resepi tersebut bukan sesuatu yang pelik kerana ia sudah pun dibuat sebelum ini.
Jadi, ada ke yang dah cuba resepi ni?
Siakap keli.
No comments:
Post a Comment