Pages

Monday, 14 January 2019

[Video Pertikai 'duit minyak', Kit Siang tidak senang dengan Najib] Dah 8 bulan ada Menteri masih terkial-kial? Pahang terima SULTAN BARU bermula hari ini.

Selasa, 15 Januari 2019
Image result for menteri2 kabinet mahathir
Dah 8 bulan ada Menteri masih terkial-kial... 
Selepas lapan bulan kerajaan PH dibentuk dengan kapasiti 26 buah kementerian kita sudah dapat membuat penilaian sejauh mana kemampuan kerajaan PH, khasnya sejauh mana wibawa para anggota kabinetnya. 

Dr Mahathir Mohamad sendiri memberi markah antara 40% hingga 60% point sahaja kepada anggota kabinetnya. Memang nampak dan terserlah sangat sejauh mana kemampuan atau pencapaian anggota kabinetnya. 

Ada menteri yang masih terkila-kial mencari momentum untuk kementeriannya. Ada yang masih lagi seperti tidak tahu dan memahami keseluruhan tugasannya. Ada menteri yang belum pun memahami apakah agensi di bawah kementeriannya. Masih ada menteri yang tidak tahu apakah fokus untuk kementeriannya. 

Mungkin kerana mereka menteri baru tetapi itu tidak dapat dijadikan alasan untuk memaafkannya setelah berkhidmat lebih setengah tahun. Ada juga menteri terjerat dalam kejahilan memahami apakah itu “rule of law” untuk berbuat sesuatu sehinggakan kedudukannya disitu dipertikaikan. Ada menteri yang bersikap inferiority complex, terlalu berwaspada untuk tidak melakukan kesilapan, alhasilnya mereka tidak mempedulikan pencapaiannya. 
Related image
Ada juga yang tidak mempeduli langsung segala teguran dan nasihat dari partinya sendiri, dan mengangap jawatan itu hak eksklusif yang diberikan perdana menteri kepadanya. 

Memerhati segala kelemahan dan ketidak mampuan menteri ini saya percaya apabila Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan PM daripada Dr Mahathir kelak beliau akan membuat rombakan besar-besaran. Beliau tidak akan mengekalkan jemaah menteri yang ada sekarang. Apa yang saya tahu ada dua hingga lima kementerian akan bertukar penjawat. 

Bukan itu sahaja kouta atau pembahagian jawatan menteri yang diagihkan oleh Dr Mahathir kini juga tidak akan dikekalkan. Ertinya Anwar tidak akan mengakalkan status quo. 

Yang saya dapat pastikan dalam penyusunan itu nanti Keadilan akan mendapat kouta menteri yang terbanyak. Dan jika ini terjadi sudah pasti parti-parti Amanah dan Bersatu akan kehilangan kerusi menteri. 

Justeru menteri daripada Amanah dan Bersatu khasnya, perlu mempertingkat dan menunjukkan keupayaan masing-masing bagi mengelakkan akan digugur atau nama mereka tiada dalam kabinet Anwar atau mereka akan diganti.- MSO / TS.

RAKYAT PAHANG TERIMA SULTAN BARU BERMULA HARI INI

Tanggal 15 Januari 2019 mencatat sejarah istimewa untuk rakyat Pahang apabila istiadat pemasyhuran sultan keenam Pahang dalam era moden, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berlangsung di Istana Abu Bakar pagi ini.

Istiadat itu yang akan disaksikan 1,600 tetamu terdiri daripada kerabat diraja, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan wakil masyarakat termasuk ketua kampung di negeri ini dijadual berlangsung pada 11 pagi di Balairung Seri.

Pemasyhuran Sultan Abdullah sebelum ini diputuskan dan dipersetujui sebulat suara oleh kerabat diraja Pahang dan ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri pada mesyuarat Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang di ibu negara, Jumaat lepas.

Keputusan itu diambil berikutan keadaan Sultan Ahmad Shah yang kini gering dan tidak lagi boleh memikul tugas serta tanggungjawab sebagai pemerintah.

Sultan Abdullah yang diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal Pekan merupakan cahaya mata keempat dan putera sulung Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.

Sebelum dilantik menjadi raja pemerintah negeri ini, Sultan Abdullah pernah dua kali diamanahkan menjadi Pemangku Raja Pahang iaitu kali pertama pada 28 April 1979 semasa Sultan Ahmad Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan kali kedua pada 28 Dis 2016 semasa kesihatan Sultan Ahmad Shah mula merosot.

Sultan Abdullah mendirikan mahligai dengan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 6 Mac 1986.

Baginda dikurniakan empat putera dan lima puteri.

Blog ini ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Sultan Abdullah dan seluruh rakyat negeri Pahang atas permasyhuran tersebut. 

No comments:

Post a Comment