Hospital wakaf pertama di Malaysia.. rawatan dan ubat percuma diberikan kepada golongan asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan termasuk untuk bukan muslim.
Bagi mereka yang berkemampuan atau orang awam, harga yang dikenakan adalah amat berpatutan berbanding dengan hospital swasta yang ada dimalaysia ini.
Konsep hospital wakaf ini telah direalisasikan oleh Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi, seorang pakar kanak-kanak yang ingin menjadikan hospital ini sebagai satu entiti yang berlandaskan patuh syariah dan bebas dari konsep riba dan menjadikan mukadimah kepada hospital wakaf yang lain.
Pengalaman selama 15 sebagai seorang doktor yang juga sering turun padang mengikuti misi kemanusiaan dan member pengkhidmatan secara percuma kepada mereka yang memerlukan , telah menguatkan lagi iltizamnya untuk meneruskan usaha hospital wakaf ini.
Bukan sesesuatu yang mudah untuk melaksanakan apa yang beliau impikan . Menuntut banyak pengorbanan dan rintangan termasuklah melangkah keluar dari zon selesa beliau selama ini, dimana berkhidmat di hospital swasta lain dengan gaji yang lumayan.
Bermula dari bawah .. beliau “ merangkak “ untuk meraih kepercayaan penderma di luar sana.
Kita semua sedia maklum ..
Kita semua sedia maklum ..
Tempoh menunggu untuk mendapatkan temujanji bagi pesakit dengan doktor pakar di hospital biasa adalah panjang. Justeru itu ... dengan adanya Hospital Kasih ini, akan memberikan pilihan buat mereka yang tidak berkemampuan tetapi perlukan rawatan pakar dengan kadar segera.
Rawatan dan percuma kepada
1. Golongan Asnaf
2. Mereka yang tidak berkemampuan
3. Pesakit ada kad JKM
4. Pelajar ada ID pelajar (Fisabilillah)
5. Mereka yang datang menyatakan mereka susah (itu urusan mereka dan ALLAH)
1. Golongan Asnaf
2. Mereka yang tidak berkemampuan
3. Pesakit ada kad JKM
4. Pelajar ada ID pelajar (Fisabilillah)
5. Mereka yang datang menyatakan mereka susah (itu urusan mereka dan ALLAH)
Harga rawatan yang dikenakan adalah murah kerana semua peralatan dating dalam konsep wakaf.
Bagaimana hospital ini menjana pendapatan jika memberikan rawatan dan ubatan percuma? Kos rawatan untuk asnaf akan ditanggung oleh Majlis Agama Islam Wilayah manakala untuk mereka yang kurang berkemampuan pula akan ditanggung oleh tabung wakaf hospital.
Semua doktor pakar yang terlibat sudah bersedia untuk memulakan perkhidmatan di sana. Bagaimana pun ... yang menjadi kekangan hari ini ialah peralatan yang diperlukan masih tidak mencukupi.
Untuk menjamin segalanya berjalan seperti yang diharapkan .. pihak pengurusan sangat memerlukan sokongan semua pihak.
Hospital Kasih selaku agen zakat MAWIP sangat mengalu-alukan zakat, sedekah , wakaf dan juga sumbangan dari masyarakat Malaysia yang penyayang di luar sana.
Bagi yang ingin bersama berkongsi rezeki dan mencari keberkatan ... sumbangan boleh disalurkan ke acc
Bagi yang ingin bersama berkongsi rezeki dan mencari keberkatan ... sumbangan boleh disalurkan ke acc
KASIH SPECIALIST CLINIC & HOSPITAL
KASIH HOLDINGS SDN BHD
26601600017920 - RHB BANK.
( akaun amanah raya no fail kasih LD004913 )
KASIH HOLDINGS SDN BHD
26601600017920 - RHB BANK.
( akaun amanah raya no fail kasih LD004913 )
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Encik Omar Zaki +60 16-319 5276, Dr Mohd Zaqrul Razmal +6016-7170477
Terima kasih Tabung Zakat KASIH Maiwp, Terima kasih Kasih Cyberjaya Specialist Centre
Minta bantu share
No comments:
Post a Comment